DUN Melaka bakal bubar, Ab Rauf beri bayangan bulan ini

5 jam lalu · Politik

Teka-teki tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semakin hampir terjawab apabila Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh memberi bayangan proses itu mungkin berlaku bulan ini.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah dilakukan sejak dua tahun lalu dan kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk pembubaran dimulakan.

“Insya-Allah (pembubaran DUN akan berlaku). Tidak lama lagi. Apabila tiba masanya, saya akan umumkan tetapi waktunya tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat.

“Persiapan kita sudah dibuat sejak dua tahun lalu. Kita hanya menunggu masa yang sesuai, iaitu peringkat akhir untuk melengkapkan persiapan sebelum kita memulakan proses pembubaran DUN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Perhimpunan Agung UMNO 2026, hari ini.

Ditanya kemungkinan kerjasama antara parti ‘biru’ dan ‘hijau’, Ab Rauf berkata sebarang keputusan rasmi masih tertakluk kepada arahan dan keputusan kepimpinan tertinggi.

Namun katanya landskap politik Melaka berbeza berbanding negeri lain kerana kerajaan negeri dibentuk berasaskan formula BN Plus.

“Kita serahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa rakan strategik terbaik untuk kerajaan negeri Melaka,” katanya.

Ab Rauf turut menegaskan BN akan mempertahankan kesemua 21 kerusi DUN yang dimenanginya ketika ini.

Katanya, rundingan dengan parti lain belum dimulakan dan hanya akan dilakukan selepas DUN dibubarkan.

“Kita belum memulakan rundingan kerana saya sudah tegaskan bahawa sebarang rundingan dengan mana-mana parti politik hanya akan diadakan selepas pembubaran DUN.

“Kita tidak boleh berkompromi mengenai 21 kerusi ini dengan berkongsi kerusi dengan pihak lain. Kita akan bertanding di kerusi masing-masing.

“Bagi tujuh kerusi lagi, parti yang memenanginya perlu bertanding dan mempertahankan kerusi masing-masing. Kita akan mempertahankan kerusi yang kita menangi,” katanya.

Mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada PAU 2026, Ab Rauf menyifatkannya sebagai hala tuju baharu parti untuk mengembalikan dominasi UMNO menjelang PRU16.

“Ucapan Presiden hari ini baik. Ia menunjukkan hala tuju baharu UMNO untuk terus dominan menjelang PRU16.

“Sudah tentu semangat baharu ini perlu diterima semua pemimpin UMNO di peringkat akar umbi supaya kita tidak lagi menjadi parti yang sekadar mengisi angka, tidak ke mana-mana.

“UMNO mesti mengembalikan dominasi untuk memimpin kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
PRU16: Zahid mahu mandat dikembali kepada rakyat
10 jam lalu· Politik
Siapa pegang tangan MB Negeri Sembilan soal Mahfuz
September 10, 2026· Politik
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
September 9, 2026· Politik
PAS akan jadikan UMNO, BN ‘pak turut’ – PKR Terengganu
September 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid jangan bawa politik ‘budak-budak’ ke Putrajaya: Mahfuz
3 jam lalu · Politik
Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong
5 jam lalu · Politik
‘Penguatkuasaan undang-undang bukan serangan terhadap UMNO’ – Sheikh Umar
5 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM semak kekayaan anak Azeez
9 jam lalu · Politik
Zahid mahu GST kembali, puji sistem era Najib
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok