‘Penguatkuasaan undang-undang bukan serangan terhadap UMNO’ – Sheikh Umar

2 jam lalu · Politik

Dakwaan pemimpin UMNO sebagai mangsa ‘serangan’ terhadap parti itu perlu dibezakan dengan tindakan penguatkuasaan undang-undang, kata Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Beliau berkata kenyataan itu merujuk kepada ucapan Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang menyentuh isu serangan terhadap UMNO, salah guna kuasa dan pengkhianatan terhadap rakan.

“Saya tak pasti siapa yang Dr. Asyraf Wajdi Dusuki maksudkan. Tetapi dua hari lepas, bekas Pengerusi Tabung Haji dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Abdul Azeez Abdul Rahim telah didakwa di mahkamah susulan siasatan berkaitan RCI Tabung Haji,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sheikh Umar, Azeez didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Tabung Haji untuk mendapatkan jawatan Pengerusi Putrajaya Perdana Berhad dengan imbuhan RM690,000 setahun, selain kemudahan sebuah BMW 7 Series dan pemandu tetap.

Azeez turut didakwa mempengaruhi Lembaga Tabung Haji untuk meluluskan cadangan pelaburan sehingga RM193.5 juta dalam syarikat berkenaan.

Sheikh Umar berkata tindakan terhadap Azeez tidak wajar dilabel sebagai pengkhianatan terhadap UMNO atau rakan politik kerana proses berkenaan adalah sebahagian daripada penguatkuasaan undang-undang.

“Jangan terkeliru antara ‘khianati rakan’ dengan tindakan ‘penguatkuasaan undang-undang’. Jika itu yang Asyraf maksudkan sebagai ‘salah guna kuasa’ dan ‘khianati rakan’, saya fikir beliau silap,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 30 Julai lalu sudah menegaskan siasatan susulan RCI Tabung Haji perlu dijalankan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 8 Ogos pula menitahkan supaya siasatan berkaitan RCI Tabung Haji dijalankan ‘sehingga ke lubang cacing’ dan tiada pihak terlepas daripada tindakan sekiranya benar-benar didapati bersalah.

Malah, katanya, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi sendiri pada 10 September menyatakan parti itu tiada halangan untuk memberikan kerjasama kepada SPRM sekiranya terdapat bukti kukuh untuk pendakwaan terhadap pemimpin kanannya, dengan siasatan dilakukan secara adil dan telus.

“Adakah hal ini yang Asyraf marah sangat dalam PAU? Yang beliau katakan sebagai ‘serangan terhadap UMNO’? Yang beliau kata ‘bobrok’, ‘mengaibkan’ dan ‘memalukan’ UMNO?” soalnya.

Berita berkaitan
Zahid jangan bawa politik ‘budak-budak’ ke Putrajaya: Mahfuz
September 11, 2026· Politik
Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong
2 jam lalu· Politik
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM semak kekayaan anak Azeez
6 jam lalu· Politik
UMNO hormat keputusan Agong, tetap harap terbaik untuk Najib
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
DUN Melaka bakal bubar, Ab Rauf beri bayangan bulan ini
3 jam lalu · Politik
PRU16: Zahid mahu mandat dikembali kepada rakyat
7 jam lalu · Politik
Zahid mahu GST kembali, puji sistem era Najib
9 jam lalu · Politik
Pimpinan PAS muncul di PAU, kerjasama pilihan raya jadi tanda tanya
10 jam lalu · Politik
Sampai 2039, rakyat masih tanggung hutang 1MDB: PKR
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok