BRICS buka pasaran besar untuk Malaysia: KP JKOM

September 13, 2026 · Isu semasa

Status Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka ruang lebih besar untuk negara meneroka pasaran antarabangsa, khususnya dalam kalangan negara yang mewakili lebih separuh populasi serta kuasa beli dunia.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, penyertaan itu membolehkan Malaysia mengamalkan pendekatan ‘jalan tengah’ dalam hubungan ekonomi dan perdagangan tanpa bergantung kepada mana-mana kuasa besar.

Menurutnya, kedudukan itu memberi kelebihan kepada Malaysia untuk mengimbangi hubungan perdagangan dengan pelbagai negara.

“Kita boleh menyeimbangkan perdagangan dengan pelbagai negara. Sebagai sebuah negara kecil, langkah mengambil jalan tengah ini adalah keputusan yang sangat baik.

“Selain itu, rakyat dalam negara anggota BRICS mewakili lebih separuh daripada penduduk dunia dan mempunyai kuasa beli yang tinggi, jadi amat rugi sekiranya Malaysia tidak menyertai perikatan ini,” katanya selepas menghadiri Program MADANI Kita (PMK) bersama Komuniti Simpang Pulai @ Gopeng di Dewan Orang Ramai Rapat Setia, hari ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan Kenyataan Negara bertemakan ‘Membentuk Masa Depan ke arah Pertumbuhan Global yang Inklusif’ pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, hari ini.

Malaysia sebelum ini diterima sebagai negara rakan BRICS, langkah yang dilihat membuka ruang kepada negara untuk memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan blok berkenaan.

Mohd Hisyamuddin turut menolak persepsi negatif di media sosial berhubung ketiadaan Anwar dalam sesi bergambar bersama 11 ketua negara pada sidang kemuncak itu, sambil menegaskan perkara tersebut tidak menjejaskan kedudukan atau pengiktirafan rasmi Malaysia.

“11 negara anggota BRICS adalah negara rasmi sebagai keahlian penuh. Malaysia sebagai negara rakan BRICS juga terlibat secara terus dalam sektor perdagangan.

“Ini merupakan peluang untuk kita menjalinkan hubungan akrab secara berterusan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran serta pemimpin dari Brazil dan Afrika Selatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Hisyamuddin berkata J-KOM akan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan (JAPEN) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi memperkukuh penyampaian maklumat serta dasar kerajaan kepada masyarakat akar umbi.

Katanya, kerjasama itu turut membolehkan maklum balas daripada rakyat dikumpulkan secara lebih berkesan supaya dasar dan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan mengikut keperluan sebenar masyarakat.

“Kita sampaikan maklumat dan pada masa sama, kita mengumpul maklum balas dari peringkat bawah. Pendekatan ini memastikan isu yang ditangani benar-benar menepati sasaran hasil dapatan terus daripada akar umbi,” katanya.

Berita berkaitan
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
6 jam lalu· Politik
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
19 jam lalu· Isu semasa
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
3 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
3 jam lalu · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
6 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok