Peguam persoal kuasa Exco Negeri Sembilan tentukan kedudukan Yang Dipertuan Besar

September 16, 2026 · Politik

Siapa yang memberi kuasa kepada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar negeri itu?

Persoalan itu dibangkitkan peguam Rosli Dahlan susulan kenyataan yang tersebar di media sosial petang tadi, mendakwa keputusan menyingkirkan Tuanku Muhriz pada April lalu adalah sah.

Lebih menjadi persoalan, kenyataan itu tidak menyatakan pengesahan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, sebaliknya hanya ditandatangani atas nama “barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan”.

Rosli mempersoalkan sama ada keputusan sebesar itu boleh dibuat dan diumumkan tanpa pengesahan Menteri Besar selaku ketua Exco.

“Bolehkah sesuatu resolusi Exco dibuat tanpa pengesahan Menteri Besar?

“Keputusan dan resolusi Exco sepatutnya diumumkan oleh Menteri Besar sebagai ketua Exco. Jadi, bolehkah Exco mengeluarkan kenyataan seperti itu tanpa Menteri Besar?

“Dan siapa yang memberi kuasa untuk kenyataan itu dikeluarkan?” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikongsikan beberapa anggota Exco daripada Barisan Nasional (BN), termasuk ADUN Linggi, Faizal Ramli; ADUN Lenggeng, Asna Amin; ADUN Palong, Mustapha Nagoor dan ADUN Chennah, Siow Kong Choon.

Bagaimanapun, dua wakil Perikatan Nasional (PN) dalam Exco, Fairuz Isa yang juga ADUN Serting dan Razali Abu Samah (Sikamat), tidak berkongsi kenyataan berkenaan.

Sehingga kini, Pejabat Ismail belum mengesahkan kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut mendakwa Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar merupakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu susulan keputusan menyingkirkan Tuanku Muhriz pada April.

Perkembangan itu mencetuskan persoalan lebih besar kerana hanya dua hari lalu, Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menegaskan Tuanku Muhriz masih kekal sebagai Yang Dipertuan Besar.

Dewan berkenaan turut menyatakan percubaan terbaharu untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz pada awal bulan ini adalah tidak sah.

Percanggahan pendirian itu kini meletakkan isu kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dalam perhatian, khususnya berhubung bidang kuasa Exco, proses membuat keputusan kerajaan negeri dan kedudukan institusi diraja berdasarkan peruntukan undang-undang negeri.

Apa yang masih menjadi persoalan utama ialah sama ada kenyataan Exco itu benar-benar mewakili keputusan rasmi kerajaan negeri serta mendapat pengesahan Menteri Besar.

Berita berkaitan
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
4 jam lalu· Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
7 jam lalu· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
7 jam lalu· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
4 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
4 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
4 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
9 jam lalu · Politik
Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok