Jerebu: 28 kawasan catat IPU tidak sihat

September 17, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 28 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.45 pagi ini, susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa negeri.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Perak mencatatkan antara bacaan tertinggi dengan lima kawasan berada pada tahap tidak sihat.

Tasek, Ipoh merekodkan bacaan IPU 182, diikuti Seri Manjung (180), Pegoh, Ipoh (160), Taiping (157) dan Tanjung Malim (154).

Di Pulau Pinang pula, Seberang Jaya dan Minden masing-masing mencatat bacaan 156, diikuti Seberang Perai (154) dan Balik Pulau (110).

Selangor turut merekodkan bacaan tidak sihat di Johan Setia (157), Shah Alam (154), Banting (144) dan Petaling Jaya (135).

Di ibu negara, Cheras mencatat bacaan IPU 157 manakala Batu Muda merekodkan 155.

Putrajaya pula merekodkan bacaan 157, sementara Negeri Sembilan melibatkan Nilai (157) dan Seremban (151).

Melaka mencatat tiga kawasan pada tahap tidak sihat iaitu Bukit Rambai (148), Bandaraya Melaka (133) dan Alor Gajah (111).

Di Johor, Batu Pahat merekodkan bacaan 152 manakala Kluang 144. Kedah pula melibatkan Sungai Petani dengan bacaan 160 dan Kulim Hi-Tech (132).

Tiga lagi negeri turut mempunyai kawasan pada tahap tidak sihat iaitu Kuala Terengganu di Terengganu dengan bacaan 153, Jerantut, Pahang (152) serta Kuching, Sarawak (109).

Secara keseluruhan, sebanyak 32 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala lapan kawasan berada pada tahap baik.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 ke atas berbahaya.

Peningkatan bacaan IPU berlaku ketika beberapa kawasan negara berdepan keadaan udara berjerebu. Keadaan kualiti udara lazimnya dipengaruhi oleh faktor seperti cuaca, arah dan kelajuan angin serta kewujudan sumber pencemaran termasuk asap daripada pembakaran terbuka.

Orang ramai khususnya di kawasan yang merekodkan IPU tinggi disaran mengikuti perkembangan bacaan kualiti udara semasa melalui APIMS dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan bertambah buruk.

Berita berkaitan
Agong, Raja Permaisuri nasihat rakyat lindungi diri ketika jerebu
September 15, 2026· Isu semasa
Jerebu: IPU Lembah Klang cecah tahap tidak sihat
September 15, 2026· Isu semasa
ASEAN perlu perkemas tindakan tangani jerebu rentas sempadan: PMX
September 8, 2026· Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
September 7, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
6 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
6 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok