Sita kargo Israel, bukti Malaysia tak berkompromi: Zulkifli

September 18, 2026 · Isu semasa

Tindakan kerajaan menyita sebuah kontena disyaki membawa kargo ketenteraan untuk dieksport ke Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor disifatkan sebagai bukti ketegasan Malaysia menolak sebarang bantuan logistik kepada Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata tindakan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) itu selari dengan prinsip agama serta dasar kerajaan dalam menyokong perjuangan Palestin.

Menurutnya, tindakan berkenaan juga mencerminkan komitmen Malaysia memastikan kemudahan dan infrastruktur negara tidak digunakan bagi membantu kepentingan ketenteraan Israel.

“Tindakan ini selari dengan kewajipan agama serta prinsip Maqasid Syariah (Hifz an-Nafs) bagi memelihara nyawa dan memastikan kedaulatan tanah air tidak dieksploitasi oleh rejim haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli turut menyeru rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada pendirian kerajaan yang konsisten dalam isu Palestin.

“Sebarang usaha meloloskan kargo sokongan ketenteraan kepada Israel akan ditentang. Semoga Allah SWT memelihara perjuangan pembebasan Palestin sehingga kemenangan hakiki tercapai,” katanya.

Sebelum ini, AKPS memaklumkan sebuah kontena ditahan dan diperiksa di PTP pada 7 Ogos lalu selepas disyaki membawa barangan untuk dieksport ke Israel.

Hasil pemeriksaan mendapati penghantaran itu disyaki tidak mematuhi Item No.15 Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023.

Peruntukan berkenaan melarang pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel, selaras dengan dasar dan ketetapan kerajaan Malaysia.

Tindakan sitaan itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang merakamkan penghargaan kepada AKPS atas tindakan pantas menjalankan pemeriksaan dan menyita kontena berkenaan.

Isu tersebut menjadi signifikan dalam konteks dasar Malaysia terhadap Israel, khususnya ketika konflik di Gaza terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Malaysia secara konsisten menyuarakan sokongan terhadap Palestin dan menolak sebarang bentuk bantuan yang boleh menyumbang kepada operasi ketenteraan Israel.

Tindakan penguatkuasaan di PTP itu kini memperlihatkan bagaimana dasar larangan eksport berkenaan diterjemahkan melalui kawalan di pintu masuk dan keluar negara.

Berita berkaitan
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
APEC 2026: Anwar tekankan perdagangan terbuka, kesalinghubungan
November 18, 2026· Isu semasa
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
November 16, 2026· Isu semasa
Prabowo mohon maaf kepada Malaysia, Singapura susulan isu jerebu
November 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
2 jam lalu · Isu semasa
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
7 jam lalu · Isu semasa
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
9 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok