Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China

September 21, 2026 · Isu semasa

Lawatan kerja Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ke China bermula esok dilihat sebagai langkah penting untuk meneruskan momentum hubungan erat Malaysia-China, termasuk memperluas kerjasama dalam bidang strategik baharu.

Duta Besar Malaysia ke China, Norman Muhamad, berkata lawatan itu mencerminkan hubungan dua hala yang semakin berkembang selepas kedua-dua negara menyaksikan peningkatan dalam pertukaran lawatan pemimpin tertinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, hubungan Malaysia-China tidak lagi hanya tertumpu kepada aspek politik, perdagangan dan pelaburan, sebaliknya kini berkembang kepada bidang pendidikan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kecerdasan buatan (AI), tenaga hijau, semikonduktor serta ekonomi digital.

“Kali ini, lawatan kerja Perdana Menteri bukan sahaja memberi tumpuan kepada bidang tradisional dalam hubungan dua hala, malah membuka ruang kepada kerjasama dalam bidang baharu yang mempunyai kepentingan strategik kepada kedua-dua negara,” katanya pada sidang media di Shanghai hari ini.

Anwar dijadual menghadiri majlis perasmian WorldSkills Competition 2026 ke-46 selain menyampaikan ucaptama pada Sesi Plenari Pembukaan Persidangan WorldSkills Shanghai 2026.

Beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dengan syarikat perniagaan dan sesi meja bulat bersama kapten industri di Shanghai.

Lawatan itu turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Abdul Ghani; Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook serta pegawai kanan kerajaan.

Selepas Shanghai, Anwar akan ke Hangzhou untuk menghadiri Ekspo Perdagangan Digital Global (DGTE) Kelima pada Khamis, termasuk menyampaikan ucaptama dan menghadiri majlis pelancaran buku *Rethinking Ourselves: Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times* versi bahasa Mandarin.

Kemuncak lawatan ialah pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri China, Li Qiang, di West Lake State Guest House, diikuti majlis makan malam yang dihoskan pemimpin China itu.

Norman berkata, antara perkara yang dijangka dibincangkan ialah usaha memperkukuh hubungan di bawah kerangka Perkongsian Strategik Komprehensif serta aspirasi membina Komuniti Strategik Malaysia-China Bertaraf Tinggi dengan Masa Depan Bersama.

Perbincangan turut dijangka meliputi cadangan penyambungan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, peningkatan projek ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ serta kerjasama teknologi termasuk AI, tenaga hijau, semikonduktor dan ekonomi digital.

“Kedua-dua pemimpin juga dijangka membincangkan penyertaan Malaysia sebagai negara anggota pengasas Pertubuhan Kerjasama AI Sedunia (WAICO), isu keselamatan antarabangsa serta usaha membanteras jenayah rentas sempadan dan jenayah siber,” katanya.

Malaysia dan China turut mempunyai hubungan perdagangan yang besar. Bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu, perdagangan dua hala direkodkan sebanyak RM456.68 bilion, dengan China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun ke-17 berturut-turut.

Lawatan Anwar ke China kali ini merupakan lawatan keempat beliau sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022, sekali gus memperlihatkan kesinambungan hubungan diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara.

Berita berkaitan
Pendirian kerajaan terhadap rasuah tak berubah walaupun Najib diberi pengampunan: PMX
September 18, 2026· Politik
Hari Malaysia: Anwar seru kukuh ikatan rakyat dan wilayah
September 16, 2026· Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
September 14, 2026· Isu semasa
PMX temui Mufti Besar India, fokus usaha perkukuh keharmonian agama
September 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
September 21, 2026 · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
4 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
22 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok