Gambar dikongsi PMX Anwar Ibrahim dalam akaun media sosial.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengimbau kembali satu detik ketika berada di Penjara Sungai Buloh menerusi hantaran di Facebook, tengah malam tadi.
Anwar berkongsi sekeping gambar lama yang memaparkan dirinya berada di sebalik penghadang kaca dan jeriji besi sambil memegang gagang telefon ketika bertemu anggota keluarganya.
Beliau menyifatkan gambar berkenaan sebagai satu kenangan yang kekal dalam ingatan, selain menyertakan tanda pagar #throwback dalam hantaran itu.
Bagaimanapun, Anwar tidak menjelaskan tarikh sebenar gambar berkenaan dirakam atau tempoh beliau berada di penjara ketika itu.
Hantaran berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial apabila meraih lebih 26,000 tanda suka serta mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Antara yang meninggalkan komen ialah Ruqayyah Abd Fatah yang mendoakan Anwar terus menerajui negara pada masa akan datang.
“Saya doakan PMX terus gagah menerajui negara untuk penggal-penggal akan datang.
“Tak salah kita mengenang kenangan. Nabi Yusuf juga dari penjara ke pemerintah tertinggi Mesir,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna, Norazliza Ghazali pula mengulas: “Dari tirai besi diangkat menjadi Perdana Menteri.”
Sementara itu, Kimmy P Sigayon menyifatkan gambar berkenaan sebagai satu detik yang cukup bernilai.
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
Zahid nafi dititah menghadap Tuanku Muhriz
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum