Dr Hasmah selamat disemadikan di Pusara Negara, Putrajaya

September 28, 2026 · Isu semasa

Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di Putrajaya, ketika jenazah Allahyarham Dr Siti Hasmah Mohd Ali selamat disemadikan pukul 6.20 petang dengan dihadiri suami, Dr Mahathir Mohamad, anak-anak serta anggota keluarga.

Istiadat Pengebumian Pembesar Negara itu diadakan sebagai penghormatan terakhir kepada isteri bekas Perdana Menteri itu yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.20 pagi tadi pada usia 100 tahun.

Terdahulu, jenazah Allahyarham diusung oleh lapan pegawai gabungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), diketuai oleh Kapten Ahmad Saufi Md Isa daripada Markas Tentera Darat.

Usai pengebumian, bacaan talkin kemudiannya disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Putra Muhamad Zakuwa Rodzali.

Istiadat diteruskan dengan penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan Abd Shukor Mahmood.

Istiadat itu turut menjadi tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara, khususnya dalam bidang kesihatan, pendidikan dan kebajikan masyarakat.

Jenazah Allahyarham turut disemadikan bersebelahan dengan pusara Allahyarham Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri kelima, Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ditemani anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ramli Ngah Talib, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh serta beberapa Jemaah Menteri, wakil kedutaan asing, pemimpin masyarakat serta orang ramai.

Terdahulu, jenazah Dr Siti Hasmah dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah untuk urusan memandikan dan solat jenazah sebelum dibawa ke Pusara Negara Presint 20 untuk disemadikan.

Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Dr Siti Hasmah merupakan anak keenam daripada 10 beradik kepada pasangan Mohd Ali Taib dan Siti Khadijah Ahmad.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Baru, Methodist Girls School, St Mary’s School dan kemudiannya Pudu English Girls School.

Allahyarham meninggalkan suami, Dr Mahathir dan tujuh anak.

Dr Siti Hasmah bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada negarawan yang menerajui negara selama lebih dua dekad, malah sebagai doktor perubatan dan tokoh wanita yang banyak menyumbang dalam bidang kesihatan awam serta kebajikan masyarakat.

Sepanjang mendampingi Dr Mahathir, Allahyarham menyaksikan pelbagai detik penting dalam sejarah dan pembangunan negara, selain memainkan peranan dalam memperjuangkan isu kesihatan, kebajikan dan pembangunan wanita.

Pemergian Allahyarham menutup satu lembaran kehidupan seorang tokoh wanita yang selama puluhan tahun berdiri di sisi Dr Mahathir dalam mengharungi pelbagai fasa penting perjalanan negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan berkata kerajaan memutuskan untuk memberikan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham bagi mengenang susuk keibuan serta menghargai jasa dan sumbangan Allahyarham sepanjang hayatnya.- Bernama

Berita berkaitan
Jenazah Dr Hasmah disemadi bersebelahan pusara Datin Seri Endon
September 28, 2026· Isu semasa
Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Siti Hasmah
September 28, 2026· Politik
Urus Setia jelas isu jemputan bekas PM
August 31, 2026· Politik
Anwar, Zahid santuni rakyat semasa sambutan Hari Kebangsaan
August 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi kemuka lebih 20 inisiatif
11 jam lalu · Isu semasa
ASM3 pecah rekod 7 tahun, tatakelola jadi kunci: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat capai simpanan KWSP RM390,000
13 jam lalu · Isu semasa
SPRM tahan bekas pegawai dalam skandal UiTM Holdings: Laporan
14 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO Felda Investment didakwa tipu nilai 24 tanah Felda
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok