Tun Mahathir hargai doa orang ramai buat Allahyarham Hasmah

October 19, 2026 · Politik

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui masih belum cukup kuat untuk kembali bertugas seperti biasa, tiga minggu selepas kehilangan isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Dr Mahathir berkata, beliau sudah cuba kembali ke pejabat sejak sehari dua lalu, namun keadaan dirinya masih belum mengizinkan untuk menjalankan tugas seperti biasa.

“Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi upaya masih belum begitu kuat,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Dr Mahathir mewakili seluruh ahli keluarganya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menguruskan pengebumian Allahyarham Siti Hasmah pada 28 September lalu.

Beliau turut menzahirkan rasa terharu atas doa yang terus dipanjatkan untuk Allahyarham, termasuk daripada mereka yang menziarahi pusara serta orang ramai dari pelbagai tempat.

Menurutnya, sokongan dan doa berkenaan memberikan kekuatan kepadanya untuk menghadapi kehilangan insan yang telah menemaninya sepanjang perjalanan hidup.

“Ia mengingatkan saya, di dalam kesedihan yang begitu memedihkan, supaya saya terus bersyukur kepada Allah SWT kerana telah meminjamkan Hasmah sebegitu lama sehingga ke usia saya yang cuma masih tersisa sedikit sebanyak ini,” katanya.

Dr Mahathir turut memohon maaf sekiranya terdapat salam yang tidak sempat disambut, lambaian yang tidak berbalas atau ucapan takziah yang belum sempat dijawab sepanjang tempoh beliau dan keluarga melalui saat sukar itu.

Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun, meninggalkan tujuh anak hasil perkahwinannya bersama Dr Mahathir.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada hari yang sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara sebagai penghormatan atas sumbangan dan kedudukan beliau.

Pemergian Siti Hasmah mendapat perhatian ramai, dengan ucapan takziah dan penghormatan disampaikan pelbagai pihak kepada keluarga bekas Perdana Menteri itu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 1956 dan melalui kehidupan bersama selama hampir tujuh dekad, termasuk ketika Dr Mahathir menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri.

Buat masa ini, Dr Mahathir masih memerlukan masa untuk memulihkan kekuatan dirinya sebelum dapat kembali menjalankan aktiviti seperti biasa.

Berita berkaitan
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
17 jam lalu· Politik
Malaysia sedia bantu Indonesia tangani kebakaran hutan: Anwar
October 18, 2026· Isu semasa
Had tempoh PM, asing peranan AG dibincang dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja
October 15, 2026· Isu semasa
Najib gagal tangguh hukuman 15 tahun penjara kes 1MDB
October 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
4 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
11 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
11 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
12 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok