Internet pedalaman jadi fokus, kerajaan kukuh kerjasama dengan SpaceX: Anwar

September 30, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan SpaceX bagi memperluas capaian Internet berkualiti, khususnya di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan penempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, penggunaan perkhidmatan Internet satelit Starlink menjadi antara perkara utama yang dibincangkan ketika beliau menerima kunjungan hormat delegasi SpaceX di Putrajaya.

Menurutnya, kerajaan menghargai peranan SpaceX dalam menyokong usaha memperluas liputan Internet menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), terutama bagi kawasan yang sukar mendapat akses Internet berkelajuan tinggi melalui infrastruktur konvensional.

“Saya turut menyambut baik pengoperasian infrastruktur Point of Presence (PoP) Starlink di Cyberjaya bagi melancarkan trafik data tempatan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pertemuan itu, SpaceX turut menyumbangkan 50 unit kit Starlink bagi menyokong kesiapsiagaan bencana negara.

Sumbangan berkenaan dilihat dapat membantu usaha komunikasi ketika berlaku bencana, terutama di kawasan yang berdepan gangguan atau kerosakan infrastruktur telekomunikasi.

Anwar berkata, kemajuan teknologi perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat, termasuk memastikan komuniti di kawasan pedalaman tidak tercicir daripada perkembangan digital negara.

“Seiring peluasan capaian Internet, keselamatan siber, perlindungan data serta penggunaan Internet yang selamat mesti terus diberi keutamaan.

“Kita mahu memastikan masyarakat di pedalaman turut menikmati capaian Internet yang berkualiti dan selamat supaya mereka tidak tercicir daripada arus kemajuan negara,” katanya.

Kerjasama dengan penyedia teknologi satelit seperti SpaceX menjadi sebahagian daripada pendekatan kerajaan untuk menangani jurang digital, khususnya di kawasan luar bandar dan lokasi yang mempunyai cabaran dari segi pembinaan infrastruktur telekomunikasi.

Berita berkaitan
Isu pelarian Myanmar: Kerajaan mahu penyelesaian tuntas
16 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi kemuka lebih 20 inisiatif
September 29, 2026· Isu semasa
ASM3 pecah rekod 7 tahun, tatakelola jadi kunci: PMX
September 29, 2026· Isu semasa
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat capai simpanan KWSP RM390,000
September 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Shuhaily dijangka beri penjelasan video tular di KLIA
September 30, 2026 · Isu semasa
Isu akaun WhatsApp: MCMC beri Meta hingga 2 Oktober beri penjelasan
September 30, 2026 · Isu semasa
29 kawasan catat IPU tidak sihat, Selangor paling terjejas
14 jam lalu · Isu semasa
KPMG cadang SST lebih mesra perniagaan: Bernama
14 jam lalu · Isu semasa
MEF: Kenaikan gaji minimum perlu ikut kemampuan majikan
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok