JPJ gantung khidmat MYEG mulai 5 Oktober

October 2, 2026 · Isu semasa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung semua perkhidmatan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd di bawah Kumpulan MYEG sebagai Ejen Pemungut JPJ mulai 12.01 pagi, 5 Oktober 2026.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian ditetapkan, termasuk obligasi yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan syarikat berkenaan.

“Selaras dengan keputusan itu, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai tarikh berkenaan.

“JPJ memberi jaminan urusan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat akan terus berjalan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, tempahan Ujian Undang-Undang Berkomputer (KPP01) yang dibuat melalui saluran MYEG sebelum 5 Oktober masih sah dan boleh diteruskan seperti biasa.

Bagaimanapun, bagi tempahan baharu mulai 5 Oktober, urusan tempahan dan pelaksanaan ujian perlu dibuat melalui Pusat Ujian KPP yang disediakan di Institut Memandu di seluruh negara.

Bagi pembayaran saman membabitkan bukan warganegara Malaysia di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura pula, JPJ akan menyediakan kemudahan pembayaran melalui Unit Mobile JPJ.

Kemudahan itu ditempatkan di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar, Johor, mulai 8 pagi hingga 10 malam.

JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan saluran rasmi bagi memastikan setiap urusan dapat dilakukan dengan lancar dan selamat.

“JPJ kekal komited memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memastikan setiap urusan dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti,” katanya.

Berita berkaitan
PMX: Tiada campur tangan dalam siasatan Zetrix AI, FELDA
October 20, 2026· Isu semasa
SPRM, polis siasat isu tunggakan RM314 juta MyEG, Zetrix kepada JPJ
October 13, 2026· Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
October 5, 2026· Isu semasa
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
October 5, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
17 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
17 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok