Saifuddin: Jangan buat kesimpulan awal insiden Shuhaily di KLIA

October 5, 2026 · Isu semasa

Insiden membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak wajar ditafsirkan sebelum siasatan selesai.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan mengikut undang-undang dan prosedur ditetapkan.

Menurutnya, proses siasatan sedang berjalan termasuk mengambil keterangan, mengumpul bukti dan melengkapkan kertas siasatan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Siasatan sedang berjalan. Polis akan menjalankan siasatan, keterangan akan diambil, bukti akan dikumpul dan mereka akan melengkapkan kertas siasatan. Itu proses yang saya tahu sedang berjalan.

“Setelah semua proses itu selesai, barulah kita akan maklumkan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Siap Membina, Meroboh dan Menaik Taraf PUSPEN Karak di Bentong, hari ini.

Saifuddin berkata, pihaknya juga belum menerima maklumat sama ada kertas siasatan berhubung insiden itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Justeru, beliau meminta semua pihak menunggu hasil siasatan sebelum membuat sebarang kesimpulan atau tafsiran terhadap kejadian berkenaan.

Insiden itu mendapat perhatian selepas Mohd Shuhaily bersama pasukan AKPS dilaporkan berada di Terminal 1 KLIA bagi meninjau tahap kesiapsiagaan operasi sempena ketibaan delegasi dan kru Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026.

Selepas tinjauan itu, beliau bersama pasukan operasi AKPS dan Aviation Security (AVSEC) KLIA turut menjalankan penguatkuasaan terhad susulan aduan mengenai kegiatan sindiket ‘ulat’ membabitkan warga asing di lapangan terbang berkenaan.

Operasi itu membawa kepada penahanan seorang warga asing yang disyaki terbabit dalam kegiatan berkenaan sebelum individu itu dibawa ke bilik pemeriksaan bagasi AVSEC untuk pemeriksaan dan sesi temu bual.

Mohd Shuhaily sebelum ini menjelaskan operasi tersebut hanya membabitkan pegawai AKPS dan AVSEC tanpa penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau agensi penguatkuasaan lain.

Ketika sesi temu bual berlangsung, dua individu tidak dikenali didakwa memasuki ruang berkenaan dan merakam kejadian tanpa kebenaran.

Perkembangan itu kemudiannya mencetuskan persoalan awam mengenai apa yang berlaku di lokasi berkenaan, termasuk dakwaan berkaitan tindakan penguatkuasaan serta rakaman yang tersebar.

Namun, Saifuddin menegaskan segala persoalan itu perlu diserahkan kepada proses siasatan bagi memastikan fakta sebenar dapat dikenal pasti sebelum sebarang tindakan atau kenyataan lanjut dibuat.

Berita berkaitan
Penjenayah 10 rekod ditembak selepas kejar-mengejar di LDP
October 10, 2026· Isu semasa
Kes dadah 521kg di Laos: Empat individu ditahan dalam serbuan di Subang
October 7, 2026· Isu semasa
Tahanan rumah Najib: Pihak pengampunan tentukan syarat
October 7, 2026· Politik
AGC teliti bukti kes tular Ketua Pengarah AKPS: Laporan
October 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
19 jam lalu · Isu semasa
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
19 jam lalu · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
19 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
19 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok