Bersatu guna logo sendiri, sedia bincang kerjasama di Melaka

October 5, 2026 · Politik

Parti Bersatu mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menggunakan simbol parti sendiri.

Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik Bersatu yang dipengerusikan Presiden parti, Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Menurutnya, mesyuarat turut bersetuju Bersatu membuka ruang perbincangan bagi membentuk kerjasama politik atau ‘electoral pact’ dengan pihak berkaitan bagi menghadapi PRN Melaka.

“Antara ketetapan lain adalah Bersatu akan menggunakan simbol parti itu dalam PRN Melaka, selain akan memuktamadkan kerusi-kerusi yang akan ditandingi dalam masa terdekat.

“Keputusan untuk mewujudkan ‘electoral pact’ dalam PRN Melaka adalah bertujuan untuk mengoptimumkan potensi bagi menjamin kestabilan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Azmin berkata, pendekatan itu turut mengambil kira keperluan memastikan kelangsungan pentadbiran negeri yang sederhana dan progresif demi kepentingan rakyat Melaka.

Bersatu juga dijangka memperincikan pembahagian kerusi serta bentuk kerjasama dengan parti lain selepas keputusan rasmi berkaitan PRN Melaka dibuat.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas pada 7 Oktober bagi membincangkan urusan PRN Melaka, termasuk menetapkan tarikh penting pilihan raya.

Perkembangan itu menjadikan persiapan parti politik semakin rancak menjelang pilihan raya negeri yang bakal menentukan hala tuju pentadbiran Melaka untuk penggal seterusnya.

Azmin turut menyeru rakyat Melaka memberi peluang kepada calon Bersatu untuk membawa suara rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bersatu merayu kepada rakyat Melaka untuk memberi peluang kepada calon-calon Bersatu untuk mewakili suara rakyat dan membawa perubahan yang hakiki serta memberikan manfaat langsung kepada semua rakyat Melaka,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
October 10, 2026· Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026· Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
October 10, 2026 · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
October 10, 2026 · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
October 10, 2026 · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
October 8, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok