Parlimen: SST diteruskan, elak cukai berganda

October 7, 2026 · Isu semasa

Kerajaan tidak bercadang mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sebaliknya akan meneruskan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan menyerap elemen positif daripada GST.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, langkah itu bertujuan memperkukuh sistem percukaian negara, selain memastikan rakyat tidak terbeban dengan kesan cukai berganda.

Menurutnya, perkara itu turut dinyatakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika sesi libat urus Belanjawan 2027 pada 18 Ogos lalu.

“Kerajaan akan serap elemen yang dikatakan bagus dalam sistem GST ke dalam sistem sedia ada.

“Sistem sedia ada ialah SST tetapi memang ada elemen GST bagi memastikan tidak ada kesan cascading atau kesan berganda dalam percukaian,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai hala tuju sistem percukaian negara.

Chin Tong berkata, antara sebab kerajaan memilih untuk meneruskan SST ialah sistem itu lebih mudah difahami serta mempunyai sejarah pelaksanaan lebih 50 tahun di Malaysia.

Bagaimanapun, kerajaan melihat terdapat beberapa elemen dalam GST yang boleh digunakan untuk menambah baik sistem sedia ada, terutama dalam memastikan struktur percukaian lebih berkesan dan tidak memberi kesan berganda kepada pengguna.

Menurutnya, GST turut dilaksanakan di banyak negara dan mempunyai beberapa ciri yang boleh dijadikan rujukan dalam memperkemaskan SST.

“Jika sistem GST dilaksanakan sekarang, ia akan melibatkan sekurang-kurangnya 480,000 perniagaan yang perlu membayar cukai kepada kerajaan, sedangkan SST hanya melibatkan sekitar 80,000 perniagaan.

“Tentunya SST dapat meringankan beban kebanyakan perniagaan kecil daripada dibebankan oleh GST serta menguruskan bayaran balik dan isu-isu lain yang berkaitan,” katanya.

GST pernah diperkenalkan di Malaysia pada 2015 sebelum dimansuhkan pada 2018 dan digantikan dengan SST.

Perdebatan mengenai sistem percukaian negara terus menjadi perhatian, khususnya berkaitan keberkesanan kutipan hasil kerajaan, kos pematuhan perniagaan serta kesannya terhadap harga barang dan kehidupan rakyat.

Kerajaan kini mengambil pendekatan menambah baik SST dengan mengambil elemen tertentu daripada GST, tanpa melaksanakan semula GST secara keseluruhan.

Berita berkaitan
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
October 25, 2026· Isu semasa
Pelepasan cukai RM12,000, gaji bersih M40 dijangka naik Januari
October 20, 2026· Isu semasa
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
6 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
23 jam lalu · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
23 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok