Kes rampasan dadah di Kuching.
Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 32.73 kilogram pil Eramin 5 bernilai kira-kira RM3.3 juta dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 28 September lalu.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, berkata kedua-dua suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditahan di balai ketibaan lapangan terbang berkenaan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak.
Menurutnya, siasatan mendapati sindiket terbabit dipercayai mendapatkan bekalan dadah dari Johor Bahru sebelum membawanya ke Kuching menggunakan penerbangan untuk diedarkan di sekitar bandar raya ini.
“Kedua-dua suspek dipercayai menerima upah RM5,000 bagi kegiatan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.
Saifullizan berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak Ogos lalu, manakala jumlah dadah yang dirampas dianggarkan mampu menjejaskan sehingga 163,650 orang.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun positif methamphetamine, amphetamine dan benzo, manakala seorang lagi suspek negatif dadah.
Suspek berusia 25 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau, termasuk satu kesalahan berkaitan dadah dan dua kesalahan jenayah.
Seorang lagi suspek yang bekerja sebagai nelayan pula mempunyai dua rekod kesalahan jenayah lampau.
Kedua-dua lelaki itu pada mulanya direman selama enam hari sehingga 5 Oktober sebelum tempoh reman dilanjutkan dua hari lagi hingga 7 Oktober lalu.
Mereka kemudian didakwa di Mahkamah Majistret Kuching pada 7 Oktober mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang berkaitan kesalahan pengedaran dadah.
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum