Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan

October 12, 2026 · Isu semasa

Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah umrah buat sementara waktu susulan risiko keselamatan selepas serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Sabtu lalu.

Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, langkah itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang merancang untuk ke Makkah dan Madinah.

Beliau menjelaskan, setakat ini tiada insiden dilaporkan berlaku di Makkah, namun letupan peluru berpandu di Riyadh menimbulkan kebimbangan terhadap situasi keselamatan di negara berkenaan.

“Di Makkah masih tidak ada (insiden). Cumanya ada misil yang telah meletup di Riyadh… jadi kita minta supaya rakyat Malaysia elok tangguhkan dahulu perjalanan kita ke sana (Makkah dan Madinah),” katanya selepas menghadiri majlis keberangkatan pulang Raja Jordan, Raja Abdullah II, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Isnin.

Semalam, Kementerian Luar memaklumkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban atau cedera susulan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh serta insiden projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi, pada Sabtu lalu.

Menurut Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi, serangan di lapangan terbang Riyadh itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terkorban, manakala 309 lagi cedera.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan.

Perkembangan itu mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan perjalanan ke Arab Saudi, khususnya dalam kalangan jemaah umrah yang merancang berangkat dalam tempoh terdekat.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang mempunyai jadual perjalanan ke negara berkenaan disaran mendapatkan maklumat terkini daripada Kementerian Luar, pihak berkuasa berkaitan dan pengendali umrah masing-masing sebelum membuat sebarang keputusan perjalanan.

Berita berkaitan
Lapangan Terbang Riyadh Ditutup Hingga 17 Oktober
19 jam lalu· Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
October 12, 2026· Isu semasa
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
October 11, 2026· Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
October 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Enam negeri dapat RM21.26 bilion untuk belanja pembangunan: Menteri Ekonomi
October 13, 2026 · Isu semasa
Anwar kecam dunia gagal bela Palestin
October 13, 2026 · Isu semasa
PMX antara pemimpin dunia paling lantang perjuang Palestin: Fahmi
October 13, 2026 · Isu semasa
Lelaki Islam, ibu ditahan JAIS berhubung ritual agama lain
15 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok