Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan

October 12, 2026 · Isu semasa

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mewajibkan pesalah memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa dijangka dibentangkan di Parlimen pada sidang pertama tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, Jemaah Menteri sudah bersetuju dengan dasar cadangan berkenaan beberapa bulan lalu, manakala Kementerian Pengangkutan kini sedang menyediakan draf rang undang-undang (RUU) untuk dibawa ke Parlimen.

“Ini akan mengambil sedikit masa untuk dibentangkan ke Parlimen kerana melibatkan banyak pertimbangan teknikal.

“Kita akan berusaha dalam beberapa bulan ini untuk membawa RUU tersebut ke Parlimen pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar susulan Belanjawan 2027 di sini, Isnin.

Menurut Anthony, pindaan itu bertujuan membolehkan tuntutan pampasan kepada mangsa atau waris dimasukkan dalam prosiding jenayah, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tindakan sivil yang lazimnya mengambil masa panjang.

Katanya, sistem sedia ada menyukarkan sesetengah mangsa kemalangan mendapatkan pampasan, terutama mereka yang tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk memulakan tindakan undang-undang secara berasingan.

“Sekarang ini, bagi mangsa kemalangan, jika mereka ingin mendapatkan pampasan daripada pemandu, mereka perlu memfailkan kes sivil.

“Inilah masalahnya kerana ada mangsa kemalangan yang tidak mempunyai kemampuan untuk mengambil tindakan sivil dan mereka mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan pampasan,” katanya.

Pindaan yang dicadangkan itu dilihat sebagai usaha memperkukuh perlindungan kepada mangsa kemalangan jalan raya, khususnya mereka yang menjadi mangsa kecuaian pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Jika dilaksanakan, mekanisme berkenaan berpotensi memudahkan mangsa atau keluarga yang kehilangan ahli keluarga menuntut pampasan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada proses sivil yang berasingan.

Bagaimanapun, butiran pelaksanaan termasuk kaedah penentuan pampasan dan proses tuntutan masih bergantung kepada kandungan akhir RUU yang sedang digubal.

Cadangan itu dijangka menjadi antara langkah kerajaan memperketat tindakan terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, selain memberi perhatian kepada hak serta kebajikan mangsa.

Berita berkaitan
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke
November 25, 2026· Politik
Selagi ada majoriti, Anwar tak perlu bubar Parlimen: Loke
November 15, 2026· Politik
DAP kekal dengan keputusan peletakan jawatan Loke, tiada patah balik
November 14, 2026· Politik
Pampasan kes Altantuya: Permohonan rayuan didengar Februari 2027
November 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tiga pegawai TUDM didakwa di mahkamah edar 96.2kg syabu
2 jam lalu · Isu semasa
Saman MCMC RM600 juta terhadap Google sudah diserahkan: Nie Ching
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia
3 jam lalu · Isu semasa
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
3 jam lalu · Isu semasa
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok