Akta Perkhidmatan Parlimen, Majlis Media Malaysia antara 20 akta diperkenan Agong

July 21, 2025 · Isu semasa

Akta Bernama (Pindaan) 2025, Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan Akta Majlis Media Malaysia 2025 adalah antara 20 akta yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul berkata akta lain ialah Akta Perlembagaan (Pindaan) 2025, Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025, Akta Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025, Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2025 dan Akta Amanah Labuan (Pindaan) 2025.

Turut diperkenan Seri Paduka Baginda ialah Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025, Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan (Pindaan) 2025, Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2025, Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2025.

“Akta lain ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2025, Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman (Pindaan) 2025, Akta Perbekalan Tambahan (2024) 2025 dan Akta Perlembagaan (Pindaan 2) 2025.

“Turut diperkenan, Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025, Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025,” katanya dalam pemakluman pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, dalam pemasyhuran bersempena dengan Mesyuarat Kedua hari ini, Johari berkata sidang berkenaan akan berlangsung selama 24 hari dengan tumpuan utama kepada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Baca artikel lain: Dasar luar pasca-Kepengerusian ASEAN 2025, kos haji tumpuan hari pertama Dewan Rakyat

Sehubungan dengan itu, katanya mesyuarat kali ini dijangka kerap bersidang hingga waktu malam bagi membolehkan Ahli Parlimen berbahas dan membincangkan inti pati RMK13.

“Antara urusan penting yang akan dibahaskan dan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini ialah rang undang-undang, usul berkaitan RMK13, Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 serta Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat berikutan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah mendapat perkenan Agong.

Beliau berkata akta itu telah mengembalikan autonomi institusi Parlimen Malaysia, memperkasakan demokrasi Malaysia dan memperkukuh prinsip pemisahan kuasa.

“Saya mengucapkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersama-sama menyokong pewujudan Akta Perkhidmatan Parlimen,” katanya.

Dalam masa sama, Johari mengingatkan bahawa semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum 7 Nov ini, seperti yang dilaksanakan dalam sidang terdahulu.

Beliau berkata pemeriksaan kesihatan itu sangat penting dan membantu Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengetahui tahap kesihatan pada peringkat awal dan seterusnya membolehkan langkah-langkah pencegahan segera diambil.

Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 mula bersidang hari ini hingga 28 Ogos dengan pembentangan RMK13 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadualkan berlangsung pada 31 Julai. – Bernama

Berita berkaitan
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
10 jam lalu· Politik
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
August 23, 2026· Isu semasa
Sudah lah tak hadir sidang khas Parlimen, Hadi persoal RCI TH dedah sekarang
August 22, 2026· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
August 16, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
10 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
14 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
14 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok