Akta Perkhidmatan Parlimen perkukuh reformasi institusi: Anwar

October 14, 2026 · Isu semasa

Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 menjadi antara langkah penting Kerajaan MADANI dalam menunaikan janji reformasi institusi, khususnya memperkukuh kebebasan Parlimen daripada pengaruh eksekutif.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan akta itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk mematangkan sistem Demokrasi Berparlimen menerusi pembaharuan yang mengehadkan kuasa sedia ada kerajaan dan Ketua Majlis terhadap pentadbiran Parlimen.

Beliau menyifatkan akta itu sebagai tonggak penting reformasi negara kerana memberi ruang kepada Parlimen memperkukuh keupayaan pentadbiran dan profesionalisme institusinya sendiri.

“Saya anggap perubahan ini dan Akta Perkhidmatan Parlimen ini penting kerana ia, saya tegaskan, memaknai erti Demokrasi Berparlimen dan kematangan sistem demokrasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Peralihan Pentadbiran dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia sempena pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 di Bangunan Parlimen, hari ini.

Anwar turut mengimbas perjalanan panjang usaha memperkukuh kebebasan Parlimen yang bermula sejak pengenalan undang-undang berkaitan pada 1960-an sebelum dimansuhkan pada 1992.

Menurutnya, pengembalian akta itu menandakan kesungguhan kerajaan meneruskan agenda reformasi institusi, namun kejayaannya turut bergantung kepada kepimpinan Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta sokongan Ahli Parlimen.

Beliau berharap kuasa dan kebebasan baharu yang diberikan dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan mutu pentadbiran, kecekapan kakitangan serta profesionalisme institusi Parlimen.

Pada masa sama, beliau mahu perubahan itu turut membawa peningkatan terhadap mutu perbahasan dan adab Ahli Parlimen ketika menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Usaha itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk anggota pentadbiran kerajaan, Ahli Parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang. Kebebasan yang diberikan perlu dilaksanakan dengan memahami batas serta tanggungjawab dalam sistem demokrasi,” katanya.

Sementara itu, Dewan Rakyat pagi tadi meluluskan usul pelantikan empat Ahli Parlimen untuk menganggotai Jawatankuasa Pemilih mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025. Usul yang dibentangkan Perdana Menteri itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju tanpa perbahasan.

Mereka ialah Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor), Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam), Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), masing-masing mewakili dua blok kerajaan dan pembangkang.

Pelaksanaan akta itu menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh institusi demokrasi negara, termasuk meningkatkan keupayaan Parlimen menjalankan fungsi perundangan, pengawasan dan perbahasan secara lebih bebas serta profesional.

Berita berkaitan
Lebih 9,600 akaun keldai sudah dikenakan tindakan
October 14, 2026· Isu semasa
Najib gagal tangguh hukuman 15 tahun penjara kes 1MDB
October 14, 2026· Politik
Enam negeri dapat RM21.26 bilion untuk belanja pembangunan: Menteri Ekonomi
8 jam lalu· Isu semasa
Anwar kecam dunia gagal bela Palestin
8 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan sasar 500,000 pekerjaan baharu menerusi teknologi AI: Menteri Ekonomi
October 14, 2026 · Isu semasa
Mohamad Hasan sahkan rakyat Malaysia di Riyadh selamat
October 14, 2026 · Isu semasa
Penjawat awam nikmati rebat Pandapro hingga Disember
3 jam lalu · Isu semasa
PMX antara pemimpin dunia paling lantang perjuang Palestin: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
Lelaki Islam, ibu ditahan JAIS berhubung ritual agama lain
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok