Kerajaan perhalusi reformasi pemisahan kuasa AG dan Pendakwa Raya: Fahmi

October 16, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said mengadakan libat urus dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memperhalusi cadangan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, arahan itu dibuat susulan beberapa perkara yang dititahkan Raja-Raja Melayu ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan.

Menurutnya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum ini sudah menyediakan draf pindaan Perlembagaan bagi melaksanakan reformasi institusi itu.

“Perdana Menteri telah mengarahkan Azalina Othman Said untuk mengadakan libat urus dan perbincangan dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah menyediakan draf bagi pindaan Perlembagaan tersebut.

“Selepas itu, sebarang pindaan ataupun penambahbaikan perlu dimaklumkan semula kepada Majlis Raja-Raja,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai hasil sembah maklum Anwar kepada Majlis Raja-Raja berhubung cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan tempoh jawatan Perdana Menteri.

Beliau menjelaskan, kedua-dua cadangan itu merupakan antara agenda reformasi institusi utama kerajaan yang masih memerlukan penelitian lanjut sebelum proses seterusnya dapat dilaksanakan.

“Jadi ini dua usaha reformasi yang besar dan ada sedikit lagi proses yang perlu diperhalusi,” katanya.

Pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya antara lain bertujuan memperjelas peranan kedua-dua jawatan, khususnya dalam membezakan fungsi sebagai penasihat undang-undang kerajaan dengan tanggungjawab membuat keputusan pendakwaan jenayah.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut dimaklumkan Parlimen kini berada sepenuhnya di bawah bidang kuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen, sekali gus menamatkan penguasaan eksekutif terhadap pentadbiran institusi perundangan tertinggi negara.

“Ini telah menunaikan salah satu janji dan salah satu usaha reformasi institusi yang sangat besar. Dengan cara ini, kita percaya demokrasi akan terus mekar di negara kita,” katanya.

Perkembangan itu mencerminkan usaha kerajaan memperkukuh kebebasan institusi, meningkatkan semak dan imbang serta menambah baik sistem pentadbiran negara melalui pelaksanaan reformasi secara berperingkat.

Berita berkaitan
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
October 27, 2026· Politik
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
17 jam lalu· Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
17 jam lalu · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
17 jam lalu · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
17 jam lalu · Isu semasa
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
18 jam lalu · Isu semasa
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok