Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus.
Kes pengedaran dadah di sebuah rumah ibadat berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang kembali tular menerusi sebuah podcast sebenarnya berlaku pada 2016, menurut Polis Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata, pihak polis mengesan video podcast @Sembangohhyeahh yang tersebar sejak pagi tadi, memaparkan dakwaan kegiatan pengedaran dadah berlaku berhampiran IPD Sentul tanpa tindakan diambil pihak berkuasa.
Beliau berkata, semakan mendapati kejadian itu merupakan pengalaman lama yang diceritakan semula oleh seorang tetamu podcast yang mempunyai latar belakang dalam bidang kewartawanan.
“Berdasarkan semakan lanjut, kandungan podcast itu merupakan penceritaan semula pengalaman tetamu dalam bidang kewartawanan yang berlaku pada 2016,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut Fadil, sebanyak tiga laporan polis dibuat berhubung kes berkenaan pada 12 Julai 2016.
Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya lebih bertanggungjawab ketika berkongsi maklumat, terutama kandungan yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi kepolisan.
Katanya, penyebaran semula kandungan sedemikian tanpa konteks yang jelas adalah tidak wajar kerana boleh menjejaskan imej dan kredibiliti pasukan polis.
“Pihak polis komited untuk terus memelihara integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.
Video berdurasi dua minit 30 saat itu memaparkan seorang wartawan menceritakan pengalamannya menyamar bagi membongkar kegiatan pengedaran dadah di kawasan berhampiran IPD Sentul.
Dalam perkongsian itu, wartawan berkenaan mendakwa tiada tindakan diambil susulan kegiatan yang didedahkannya ketika itu.
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum