DNAA Zahid: Cabaran Majlis Peguam ditangguh, tunggu rayuan

October 21, 2026 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Peguam Negara untuk menangguhkan pendengaran semakan kehakiman Majlis Peguam Malaysia berhubung keputusan menghentikan pendakwaan terhadap Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi.

Penangguhan itu dibuat sementara menunggu rayuan Peguam Negara dan Zahid di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan yang membolehkan Majlis Peguam meneruskan cabaran undang-undang berkenaan.

Peguam yang mewakili Zahid, Guok Ngek Seong, berkata Hakim Azizan Arshad membenarkan permohonan itu ketika prosiding di kamar hakim hari ini.

Beliau menjelaskan keputusan tersebut mengambil kira perkembangan terbaharu di Mahkamah Persekutuan yang memberikan kebenaran kepada kedua-dua pihak untuk mengemukakan rayuan.

“Mahkamah Persekutuan masih belum menetapkan tarikh pendengaran rayuan itu kerana notis rayuan baru sahaja difailkan pada 19 Oktober,” katanya kepada pemberita selepas prosiding.

Peguam Persekutuan Safiyyah Omar dan Imtiyaz Wizni Aufa Othman hadir mewakili Peguam Negara, manakala Majlis Peguam diwakili S Abhilaash.

Awal bulan ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan Peguam Negara dan Zahid merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membuka laluan kepada Majlis Peguam mencabar keputusan menghentikan pendakwaan terhadap semua 47 pertuduhan rasuah membabitkan Zahid.

Mahkamah Persekutuan memutuskan kedua-dua pihak memenuhi syarat ambang di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk mendapatkan kebenaran merayu.

Sebelum itu, pada 7 Mei, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Majlis Peguam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman.

Mahkamah Rayuan menjelaskan cabaran Majlis Peguam tertumpu kepada keputusan eksekutif Peguam Negara menghentikan pendakwaan, bukannya perintah mahkamah jenayah yang memberikan Zahid pelepasan tanpa pembebasan atau *discharge not amounting to an acquittal* (DNAA).

Untuk rekod, Zahid diberikan DNAA bagi kesemua 47 pertuduhan pada September 2023, melibatkan dakwaan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Keputusan DNAA bermaksud tertuduh dilepaskan daripada pertuduhan pada peringkat berkenaan tanpa dibebaskan sepenuhnya daripada kemungkinan pendakwaan semula, tertakluk kepada undang-undang dan keputusan pihak berkuasa berkaitan.

Semakan kehakiman yang diusahakan Majlis Peguam itu menjadi tumpuan kerana ia melibatkan persoalan skop kuasa Peguam Negara dalam membuat keputusan pendakwaan serta had semakan kehakiman terhadap tindakan eksekutif.

Berita berkaitan
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
3 jam lalu· Politik
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
11 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: Zahid sahkan BN tanding 21 kerusi, DUN beri PAS tujuh
October 21, 2026· Politik
Akmal lelong motosikal, ikan tilapia bayar saman fitnah
October 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
10 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
10 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
11 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
12 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok