Kes rasuah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta berkaitan cukai taksiran pada 2025 hingga tahun ini.
Menurut sumber SPRM, perbuatan lelaki berusia 50-an itu dipercayai melibatkan beberapa syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.
“Lelaki terbabit yang juga pengarah unit sektor awam itu ditahan kira-kira 12.30 tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di Lembah Klang,” menurut sumber.
Sumber berkata perintah reman selama enam hari hingga Isnin depan terhadap lelaki terbabit dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)( A ) Akta SPRM 2009. – Bernama
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum