Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?

October 23, 2026 · Politik

Premier Sarawak, Abang Johari Openg dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak petang ini, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Perkara itu dijangka diumumkan menerusi satu sidang media khas yang dijadual berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi pada pukul 3.30 petang ini.

Menurut jemputan media yang dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak, sidang media berkenaan akan diadakan bagi menyampaikan perkembangan penting berkaitan pentadbiran negeri.

Spekulasi mengenai pembubaran DUN Sarawak semakin hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu, susulan jangkaan PRN negeri itu bakal diadakan lebih awal daripada tempoh mandat semasa.

DUN Sarawak bersidang buat kali terakhir bagi penggal ini pada Rabu lalu, dengan persidangan berkenaan turut menyaksikan Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan.

Mandat semasa DUN Sarawak yang mempunyai 82 kerusi dijadual berakhir pada Februari 2027.

Sekiranya pembubaran diumumkan hari ini, Sarawak bakal memasuki fasa persediaan menghadapi PRN bagi menentukan kerajaan negeri baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pada PRN Sarawak 18 Disember 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Abang Johari mencatat kemenangan besar apabila memperoleh 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula memenangi empat kerusi, manakala DAP memperoleh dua kerusi.

Kemenangan besar itu membolehkan GPS terus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti kukuh, sekali gus mengukuhkan kedudukan Abang Johari sebagai Premier Sarawak.

Berita berkaitan
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
19 jam lalu· Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
21 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
October 22, 2026· Politik
Guru cedera diserang pelajar di Kuching, polis tunggu siasatan lengkap
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026 · Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
19 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
20 jam lalu · Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok