Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek

October 25, 2026 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan 1.16 tan dadah jenis ketamin bernilai RM785 juta yang ditemukan di atas kapal tangki MT Global 168 di perairan Indonesia.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya kini sedang mengesan individu terbabit sebelum tindakan tangkapan dilakukan dalam masa terdekat.

“ Kita akan menjalankan tangkapan secepat mungkin. Kemungkinan hari ini ataupun esok. Kita perlu membuat siasatan secara terperinci supaya tindakan kita selaras dengan kehendak undang-undang.

“Individu-individu terbabit, polis sudah kenal pasti. Ketika ini, kami sedang cuba mengesan di mana kedudukan mereka dan sebagainya. Ini termasuk syarikat-syarikat berkaitan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kapal berkenaan berlepas dari Johor menuju ke Pelabuhan Klang, Selangor, sebelum meneruskan pelayaran ke Laut Andaman.

PDRM percaya terdapat kemungkinan pemindahan dadah secara kapal ke kapal (ship-to-ship transfer) berlaku di kawasan berkenaan.

Mohd Khalid berkata, siasatan turut dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia, Laos serta negara Asia Tenggara lain yang mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan itu.

“Jadi tindakan kapal berkenaan berpusing balik memasuki perairan Indonesia memberi kelebihan untuk Indonesia menjalankan siasatan dan melakukan penahanan.

“Kita akan berusaha dan mengadakan kolaborasi berterusan dengan pihak Indonesia bagi memastikan mereka yang terbabit akan kita ambil tindakan dari sudut undang-undang untuk didakwa,” katanya.

Beliau berkata, masih banyak maklumat perlu diperoleh, khususnya berkaitan pemilikan kapal dan transaksi yang membabitkan jumlah dadah begitu besar.

Sebelum ini, kapal tangki MT Global 168 disahkan milik sebuah syarikat berdaftar di Malaysia yang beribu pejabat di Johor Bahru.

Syarikat itu mempunyai dua pengarah warga tempatan berusia lingkungan 40-an dan 50-an yang dilaporkan tidak mempunyai rekod lampau.

Laporan media Indonesia menyebut kapal berkenaan berlepas dari lokasi penyelenggaraan di Pasir Gudang, Johor, pada September lalu sebelum singgah di Pelabuhan Klang untuk mengisi bekalan air dan bahan api.

Kapal itu kemudian menuju ke Laut Andaman dan dipercayai menerima muatan ketamin melalui pemindahan antara kapal.

Pihak berkuasa Indonesia turut mengesan kapal berkenaan mematikan Sistem Pengenalan Automatik (AIS) selama tiga hari 17 jam ketika berada di kawasan berkenaan.

Berita berkaitan
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
October 24, 2026· Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
October 24, 2026· Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
October 23, 2026· Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026 · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
October 26, 2026 · Isu semasa
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok