Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menafikan spekulasi kononnya beliau bakal melepaskan jawatan itu, sambil menegaskan masih mendapat sokongan penuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan.
“Memang banyak khabar angin yang tersebar, tetapi saya mendapat sokongan penuh ADUN kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, tumpuannya ketika ini adalah memastikan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dapat dibentangkan pada 27 November ini, selain membuat persiapan bagi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurutnya, belanjawan itu penting bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan pentadbiran negeri berjalan lancar.
“Saya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama menjelang sidang DUN supaya kita dapat membentangkan dan meluluskannya dengan jayanya,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Gedong Lalang, Ampangan, hari ini.
Ismail berkata, satu lagi perbincangan akan diadakan pada hujung bulan ini bagi memuktamadkan belanjawan berkenaan.
Beliau turut memaklumkan peruntukan bagi belanjawan itu mencukupi, manakala kerajaan negeri kini menunggu perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum meneruskan proses seterusnya.
Mengulas kemungkinan pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu, Ismail berkata, perkara itu berkemungkinan hanya dapat dimuktamadkan selepas keputusan mahkamah berhubung kesahihan pembatalan pelantikan 10 bekas Exco negeri.
Perkembangan itu berlaku ketika kedudukan pentadbiran kerajaan negeri menjadi perhatian susulan isu pelantikan barisan Exco dan spekulasi mengenai kepimpinan Menteri Besar.
Bagaimanapun, Ismail menegaskan beliau kini memberi keutamaan kepada urusan pentadbiran, khususnya persiapan belanjawan negeri yang dijadual dibentangkan bulan depan.
Bersatu masuk bertanding PRN Melaka, umum kerusi 29 Oktober
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum