Kes tangkap basah: Nik Nazmi beri keterangan JAIS lebih empat jam

October 27, 2026 · Politik

Bekas menteri sumber asli dan kelestarian alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bagi memberikan keterangan berhubung kes khalwat yang dikaitkan dengannya.

Nik Nazmi tiba di ibu pejabat JAIS kira-kira jam 9.15 pagi sebelum meninggalkan bangunan itu pada jam 1.30 tengah hari, selepas lebih empat jam berada di situ.

Peguam Syarie yang mewakilinya, Muhammad Amirul Ashraf A Ghani, berkata kehadiran anak guamnya bertujuan melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Menurut beliau, keterangan Nik Nazmi dan wanita yang turut dikaitkan dalam kes itu diambil secara berasingan.

“Dari sudut siasatan, kita sudah memberikan kerjasama. Jadi, kami menunggu sama ada pertuduhan akan dibuat atau tidak. Perkara itu akan ditentukan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor,” katanya kepada media di pekarangan bangunan JAIS.

Mengulas kemungkinan tindakan terhadap individu yang didakwa mengintip pergerakan Nik Nazmi sebelum menyebarkan video berkaitan, Muhammad Amirul Ashraf berkata perkara itu akan dibangkitkan kemudian.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, mengesahkan kehadiran Nik Nazmi di ibu pejabat jabatan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut mengenai siasatan yang sedang dijalankan.

Sebelum ini, Nik Nazmi mengesahkan dirinya individu yang ditahan JAIS berhubung dakwaan berdua-duaan dengan seorang wanita bukan mahram di sebuah tempat tertutup di Petaling pada kira-kira jam 6 petang, 15 Oktober lalu.

Kes berkenaan disiasat mengikut peruntukan undang-undang jenayah syariah Selangor. Keputusan sama ada pertuduhan akan dikemukakan atau sebaliknya terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

Setakat ini, belum ada pengesahan mengenai keputusan pendakwaan terhadap Nik Nazmi berhubung kes berkenaan.

Berita berkaitan
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
4 jam lalu· Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
October 23, 2026· Politik
PKR nafi kaitan dengan isu PN, desak Mukhriz mohon maaf
October 20, 2026· Politik
Kes Nik Nazmi: MAIS tegaskan Jais tidak memerangkap sesiapa
October 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid sahkan MCA kekal bertanding PRN Melaka, calon dipilih kekal
October 27, 2026 · Politik
Bersatu masuk bertanding PRN Melaka, umum kerusi 29 Oktober
3 jam lalu · Politik
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
3 jam lalu · Politik
Surat pembubaran DUN Sarawak dihantar kepada SPR
3 jam lalu · Politik
Khabar angin letak jawatan Menteri Besar, Ismail tampil beri penjelasan
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok