BN-PN berpotensi bekerjasama di peringkat Persekutuan: Asyraf Wajdi

5 jam lalu · Politik

Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berpotensi diperluaskan ke peringkat Persekutuan sekiranya permuafakatan itu terus mendapat sokongan rakyat.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kesepaduan jentera BN dan PN yang ditunjukkan pada hari penamaan calon hari ini mencerminkan kesungguhan kedua-dua parti untuk bekerjasama.

Menurutnya, kerjasama itu bukan sahaja ditunjukkan oleh kepimpinan tertinggi, malah turut melibatkan jentera di peringkat akar umbi yang bergerak bersama mengiringi calon masing-masing.

“Saya melihat pagi ini amat meriah berbanding dengan Negeri Sembilan. Kita dapat lihat di semua DUN, baik yang dipertandingkan oleh calon BN mahupun PN, penggemblengan dan penggabungan kedua-dua jentera amat terserlah,” katanya semasa proses penamaan calon di Dewan Tun Ali.

Beliau berkata, kehadiran wakil kepimpinan kedua-dua parti bersama jentera masing-masing ketika mengiringi calon ke pusat penamaan calon turut memperlihatkan keikhlasan dalam menjayakan kerjasama itu.

Asyraf Wajdi berkata, perkembangan berkenaan juga mencerminkan kehendak rakyat yang mahu melihat parti-parti berkenaan mencari titik persamaan dan membentuk permuafakatan demi kepentingan bersama.

Katanya, kerjasama itu diharapkan dapat membawa manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada kemakmuran Melaka sebelum dipertimbangkan untuk diperluaskan ke peringkat lebih tinggi.

“Kalau kita lihat, rata-rata kami pemimpin ini mengikut kehendak rakyat bawahan. Mereka mahu melihat dua parti terbesar ini dapat bekerjasama dan bermuafakat yang akhirnya sudah tentu memberikan manfaat kepada rakyat dan kemakmuran negeri dan insya-Allah sampai ke peringkat Persekutuan,” katanya.

Turut hadir pada hari penamaan calon itu ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan serta beberapa pemimpin PAS.

PRN Melaka kali ini menjadi medan penting untuk parti-parti politik menguji kekuatan jentera dan sokongan pengundi, selain menentukan hala tuju kerjasama politik selepas persaingan di peringkat negeri.

Perkembangan kerjasama BN-PN itu juga menarik perhatian susulan kedudukan kedua-dua gabungan dalam landskap politik negara, sekali gus membuka ruang kepada kemungkinan perubahan hubungan politik pada masa depan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PKR pertaruh Ketua AMK di Ayer Molek
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH tampil Mohd Yunazri cabar Ab Rauf di Tanjung Bidara
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Calon wanita muda PH berdepan saingan empat penjuru di Klebang
5 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Ginie Lim kembali buru kerusi Machap Jaya
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Supol PM berdepan saingan tiga penjuru di DUN Paya Rumput
5 jam lalu · Politik
Selepas kurang kelihatan di Parlimen, Hadi turun beri sokongan kepada calon di Melaka
5 jam lalu · Politik
BN, PH dalam kerajaan sama tetapi guna logo berbeza: Mohamad Sabu
5 jam lalu · Politik
PRN Melaka: 28 Pusat penamaan calon ditutup, kempen bermula secara rasmi
5 jam lalu · Politik
CSA: Yuneswaran jawab kritikan Wan Saiful, kestabilan negara lebih penting
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok