PRN Melaka: PKR pertaruh Ketua AMK di Ayer Molek

3 jam lalu · Politik

Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Hakimin Mokhtar, sebagai calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Hakimin yang mendapat nombor calon dua diumumkan selepas proses penamaan calon di Kompleks JAPERUN Ayer Molek, pagi ini.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli, berkata pemilihan Hakimin mencerminkan komitmen parti untuk mengetengahkan kepimpinan anak muda serta membawa pembaharuan dalam politik negeri.

Menurutnya, pencalonan itu bukan sekadar mengisi ruang pertandingan, sebaliknya menjadi usaha mencabar dominasi politik tradisi di Ayer Molek.

“Amanah yang dipikul Saudara Hakimin Mokhtar hari ini bukanlah satu lambang kemegahan peribadi, sebaliknya tanggungjawab rakyat yang mesti digalas dengan penuh roh perjuangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adam Adli mengakui Ayer Molek dianggap sebagai kubu tradisi pihak lawan, namun PKR tidak akan berundur dan akan berusaha mendapatkan sokongan pengundi menerusi kempen dari rumah ke rumah.

Beliau berkata, parti itu akan memberi tumpuan kepada kempen selama 14 hari dengan mengetengahkan penyelesaian terhadap isu rakyat, peluang ekonomi anak muda dan kebajikan keluarga.

“Kita akan berkempen secara profesional dengan menunjukkan cara kita bekerja dan bergerak tanpa mencerca pihak lawan,” katanya.

Beliau turut menyuarakan keyakinan PKR mampu memberikan saingan sengit sekiranya jentera parti bekerja keras dan mendapat sokongan penduduk setempat.

Ayer Molek menjadi antara kerusi yang perlu diberi perhatian PKR dalam usaha memperkukuh kedudukan PH di Melaka.

Pemilihan Hakimin, yang mengetuai sayap pemuda parti itu di peringkat negeri, turut meletakkan kepimpinan anak muda sebagai antara taruhan utama dalam menghadapi persaingan pilihan raya kali ini.

Dengan tempoh kempen yang terhad, keupayaan calon mendekati pengundi dan meyakinkan mereka menerusi tawaran berkaitan kos sara hidup, peluang pekerjaan serta kebajikan keluarga dijangka menjadi antara faktor penting dalam menentukan sokongan di kawasan berkenaan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PH tampil Mohd Yunazri cabar Ab Rauf di Tanjung Bidara
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Calon wanita muda PH berdepan saingan empat penjuru di Klebang
5 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Ginie Lim kembali buru kerusi Machap Jaya
5 jam lalu· Politik
Selepas kurang kelihatan di Parlimen, Hadi turun beri sokongan kepada calon di Melaka
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Supol PM berdepan saingan tiga penjuru di DUN Paya Rumput
5 jam lalu · Politik
BN-PN berpotensi bekerjasama di peringkat Persekutuan: Asyraf Wajdi
5 jam lalu · Politik
BN, PH dalam kerajaan sama tetapi guna logo berbeza: Mohamad Sabu
5 jam lalu · Politik
PRN Melaka: 28 Pusat penamaan calon ditutup, kempen bermula secara rasmi
5 jam lalu · Politik
CSA: Yuneswaran jawab kritikan Wan Saiful, kestabilan negara lebih penting
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok