Bantu golongan miskin tanggungjawab kerajaan: Anwar

2 jam lalu · Isu semasa

Kerajaan tidak akan menjadi miskin atau muflis hanya kerana membantu golongan berpendapatan rendah, sebaliknya kerosakan ekonomi negara boleh berlaku akibat rasuah, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkepentingan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, membantu golongan memerlukan merupakan tanggungjawab kerajaan bagi memastikan hasil pembangunan negara dapat dinikmati secara lebih adil dan menyeluruh oleh rakyat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mempertahankan prinsip kebajikan rakyat selagi bantuan dilaksanakan melalui pengurusan kewangan yang berhemah serta tadbir urus yang baik.

“Tak ada negara dan kerajaan di dunia yang jadi miskin kerana tolong orang miskin,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan, hari ini.

Sebagai contoh, Anwar berkata, kerajaan memperuntukkan RM16 bilion bagi pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.

Selain bantuan tunai dan barangan keperluan, kerajaan turut melaksanakan kenaikan gaji penjawat awam serta gaji minimum bagi meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, usaha membantu golongan berpendapatan rendah perlu dilihat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan dalam memastikan kemakmuran ekonomi negara turut dirasai oleh mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kekayaan negara boleh terjejas apabila sumber awam disalahgunakan untuk kepentingan kelompok tertentu.

Anwar berkata, amalan rasuah, ketirisan dan sikap tamak dalam pentadbiran boleh merosakkan kedudukan ekonomi negara, sekali gus menjejaskan kemampuan kerajaan melaksanakan pembangunan serta membantu rakyat.

Justeru, beliau menegaskan kepentingan memastikan setiap peruntukan awam diuruskan secara telus dan bertanggungjawab supaya bantuan yang disediakan benar-benar sampai kepada golongan sasaran.

Dalam konteks itu, pelaksanaan bantuan kebajikan dan inisiatif meningkatkan pendapatan rakyat perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh integriti serta memastikan pengurusan kewangan negara kekal mampan.

Kerajaan juga perlu memastikan program bantuan bukan sekadar meringankan beban jangka pendek, malah membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup dan membina sumber pendapatan yang lebih stabil.

Berita berkaitan
PMX umum tambahan geran bantu usahawan kecil sebanyak RM200 juta
3 jam lalu· Isu semasa
PMX arah isu e-dagang ditangani segera
October 30, 2026· Isu semasa
Tiada syarat khusus untuk Ahli Parlimen meterai CSA : PMX
October 30, 2026· Politik
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
October 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi mahu penerima dana media kekalkan pekerja, jangan berhentikan
3 jam lalu · Isu semasa
Isu aplikasi TuJu: Fahmi minta LLM tidak lepas tangan, ambil tanggungjawab
3 jam lalu · Isu semasa
Utusan rancang kecilkan operasi, 60 pekerja terkesan?
3 jam lalu · Isu semasa
Hari Kurier Negara: MCMC lancar inisiatif bendung scam bungkusan
9 jam lalu · Isu semasa
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
October 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok