Tiada syarat khusus untuk Ahli Parlimen meterai CSA : PMX

October 30, 2026 · Politik

Peruntukan kepada Ahli Parlimen yang memeterai Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) bersama Kerajaan MADANI akan disalurkan berdasarkan persefahaman yang dicapai menerusi rundingan berkaitan perbelanjaan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu bukan sesuatu yang baharu dalam amalan politik negara kerana kaedah sama pernah digunakan ketika kerajaan terdahulu mentadbir negara.

Menurutnya, penyaluran peruntukan berkenaan bergantung kepada perbincangan dan persefahaman yang dipersetujui, termasuk berkaitan perbelanjaan yang diluluskan menjelang akhir tahun ini.

“Jadi, peruntukan itu ikut perbelanjaan dalam perbincangan sekarang, perbahasan, sebab diluluskan akhir tahun ini, kita boleh salur ikut persefahaman,” katanya selepas menghadiri Program Solat Jumaat Bersama Perdana Menteri di Masjid Muqarabin, Bandar Tasik Selatan hari ini.

Anwar menjelaskan, pendekatan berkenaan turut mempunyai persamaan dengan persefahaman yang pernah dimeterai ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang, manakala Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

Katanya, ketika itu kerajaan yang diterajui gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) turut menggunakan kaedah rundingan bagi urusan berkaitan peruntukan Ahli Parlimen.

“Peruntukan melalui Ahli Parlimen itu mengikat pada satu persefahaman seperti mana dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional semasa mereka berkuasa,” katanya.

Beliau turut menegaskan peruntukan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selama ini berjalan seperti biasa, sekali gus menolak dakwaan kononnya kerajaan menyekat penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat tertentu.

Mengulas pandangan penganalisis politik yang melihat CSA sebagai mekanisme untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan kekal stabil serta menjamin kelulusan Belanjawan 2027, Anwar berkata, perkara itu merupakan tafsiran politik yang tidak dapat dielakkan.

“Ya, ini tafsiran politik, tak boleh kita kritikal, memang akan berlaku, tetapi saya nak beritahu ini bukan sesuatu yang janggal,” katanya.

Menurutnya, rundingan bagi mencapai persefahaman seumpama itu turut diamalkan di negara demokrasi lain, manakala pengalaman Malaysia menunjukkan pendekatan berkenaan pernah melibatkan rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan terdahulu yang merangkumi Bersatu, PAS, UMNO serta Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ditanya sama ada CSA yang dimeterai bersama Bersatu akan diperluaskan kepada Ahli Parlimen pembangkang lain, Anwar berkata, tiada syarat khusus dikenakan terhadap mana-mana pihak yang mahu mencapai persefahaman dengan kerajaan.

Berita berkaitan
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
October 30, 2026· Isu semasa
CSA bukan tanda Bersatu sertai kerajaan, kekal pembangkang: Tun Faisal
October 30, 2026· Politik
Zaid Ibrahim puji langkah bijak Bersatu, Syed Saddiq tandatangan CSA dengan kerajaan
4 jam lalu· Politik
CSA perkukuh kestabilan politik negara: Zaliha
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Projek30% puji langkah PKR ketengah calon wanita di PRN Melaka, cadang kuota diwajibkan
October 30, 2026 · Politik
PRN Melaka: 189 borang penamaan calon dibeli, 45 calon bayar deposit
4 jam lalu · Politik
PAS dakwa pihak lawan gerun penyatuan dengan BN, yakin menang Melaka
6 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Bersatu umum lapan calon, empat kerusi bertindih dengan PH
6 jam lalu · Politik
CSA jadi landasan kerjasama politik demi rakyat: PMX
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok