RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid

November 1, 2026 · Isu semasa

Kerajaan perlu mencari jalan bagi menyelesaikan tunggakan bayaran projek luar bandar berjumlah RM259.5 juta, terutama kepada kontraktor yang sudah menyiapkan kerja tetapi masih belum menerima bayaran.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha perlu dilakukan bagi memastikan dana mencukupi dapat disediakan untuk melunaskan bayaran tertunggak, termasuk pembayaran berdasarkan kemajuan kerja kepada kontraktor dan pembekal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, kerajaan akan berusaha menyelesaikan bayaran bagi projek yang sudah siap tetapi masih belum menerima pembayaran menjelang akhir tahun ini.

“Pada baki akhir tahun ini, mana-mana pembayaran bagi projek yang telah diselesaikan tetapi belum dapat bayaran, kita akan ikhtiarkan agar dana itu dapat membuat pembayaran.

“Begitu juga bayaran mengikut kerja-kerja kemajuan kepada kontraktor dan juga para pembekal,” katanya selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, hari ini.

Zahid turut menjelaskan isu berkenaan sudah dibangkitkan di Parlimen dan dijawab oleh Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Menteri KKDW, Fadzmel Fadzil mendedahkan tunggakan bayaran interim kepada kontraktor serta pampasan kepada pemilik tanah berjumlah RM259.503 juta masih belum dilunaskan setakat 30 September lalu, membabitkan 112 projek.

Tunggakan itu berpunca daripada komitmen projek yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu tetapi bayaran masih belum diselesaikan, menyebabkan tanggungan berkenaan dibawa ke tahun berikutnya.

Menurut Fadzmel, KKDW terpaksa menggunakan peruntukan dalaman sedia ada bagi membayar tunggakan itu, sekali gus memberi kesan kepada pelaksanaan program dan projek pembangunan lain.

Antara yang terjejas ialah program pembinaan dan baik pulih rumah golongan miskin serta masyarakat Orang Asli yang membabitkan peruntukan RM200 juta.

Penyelesaian tunggakan itu penting bagi memastikan kontraktor dan pembekal menerima hak mereka, selain mengelakkan tekanan kewangan yang boleh menjejaskan kelancaran projek pembangunan luar bandar.

Berita berkaitan
Isu KKDW terlebih belanja RM2.1 bilion: AMK Selangor persoal penjelasan SUA Zahid
November 1, 2026· Politik
MCA tak hadir di pelancaran jentera BN Masjid Tanah, krisis kerusi belum reda?
October 27, 2026· Politik
Zahid sahkan MCA kekal bertanding PRN Melaka, calon dipilih kekal
October 27, 2026· Politik
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
October 26, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
November 1, 2026 · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
2 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan lulus RM250 juta siapkan KB Sentral, tambah bantuan pendidikan Islam Kelantan
16 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media: MPI hargai komitmen kerajaan perkukuh industri media
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
2 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok