Calon PM: Peratusan Hamzah paling rendah dalam kajian dijalankan penyelidik

July 25, 2025 · Politik

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin tidak mendapat sokongan orang ramai untuk menjadi calon Perdana Menteri, menurut satu tinjauan dijalankan badan penyelidik tempatan.

Kajian daripada Institut Masa Depan Malaysia (MASA) mendapati Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut hanya mendapat sokongan 13 peratus daripada orang ramai yang memilihnya untuk menjadi calon Perdana Menteri, tercorot berbanding tiga calon lain dalam dapatan kajian tersebut.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendapat peratusan tertinggi dalam tinjauan tersebut dengan sokongan 33 peratus, sementara Presiden PKR Anwar Ibrahim mendapat 25 peratus dan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi pula 14 peratus.

Mengikut pecahan kaum pula, Muhyiddin mendapat peratusan sokongan tertinggi dari kalangan kaum Melayu sebanyak 41 peratus dan disusuli Anwar sebanyak 20 peratus, Zahid sebanyak 17 peratus dan Hamzah sekadar 11 peratus sahaja.

Bagaimanapun, peratusan sokongan kaum Cina dan India tertinggi masih kekal menyebelahi Anwar dengan masing-masing sebanyak 36 peratus (Cina) dan 27 peratus (India).

Menurut MASA, kajian tinjauan kaji selidik ini telah dijalankan pada 14 Jun sehingga 19 Julai 2025 di Semenanjung Malaysia dengan menemubual sebanyak 1,605 responden dan margin ralat bagi kajian ini ialah adalah ±2.45% bagi 95 peratus tahap kepercayaan.

Kaedah pengumpulan data kajian ini menggunakan instrumen temu bual telefon (Random Digit Dialing) yang berpandukan kaedah persampelan
rawak berstrata di semua kawasan parlimen Semenanjung Malaysia.

Sasaran sampel diambil mengikut nisbah kaum, jantina dan umur.

Daripada 1,605 responden tersebut, sebanyak 60 peratus terdiri dari kaum Melayu, 28 peratus kaum Cina, sembilan peratus India dan tiga peratus lain-lain kaum.

Dalam kajian tersebut yang dijalankan untuk tempoh Jun sehingga Julai 2025, sebanyak 53 peratus responden berkata mereka semakin bimbang dengan kos sara hidup yang sedang dihadapi ketika ini, meningkat berbanding kajian yang dijalankan pada November sehingga 2024 sebanyak 48 peratus sahaja.

Daripada tinjauan itu juga, sebanyak 45 peratus responden menyatakan tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pusat berbanding hanya 41 peratus yang berpuas hati.

Berita berkaitan
Institusi kewangan jadi benteng ekonomi negara: Anwar
1 jam lalu· Isu semasa
RM5 Bilion tambahan untuk bantu PMKS hadapi krisis global: PMX
1 jam lalu· Isu semasa
Aktivis dan penyokong PKR berkumpul desak pengunduran Rafizi
22 jam lalu· Politik
Pelabur terus yakin ekonomi Malaysia kukuh: Anwar
April 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Cadangan tangguh PRN perlu dinilai secara realistik: Fuziah
1 jam lalu · Politik
Pendaftaran online: Ahli baharu UMNO cecah 3,700 dalam sehari
4 jam lalu · Politik
Fitnah isu takbir: MP PAS dan Harakah minta maaf kepada Menteri Pendidikan
21 jam lalu · Politik
Zahid tolak dakwaan PRN ditangguh kerana takut kalah
22 jam lalu · Politik
PKR Tuaran desak Rafizi dipecat
April 20, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok