Malaysia mahu ASEAN serius tangani jerebu rentas sempadan

November 15, 2026 · Isu semasa

Malaysia berharap cadangan memperkenalkan pendekatan Diplomasi Sains dan penubuhan Dana Jerebu Mampan mendapat pertimbangan serius negara anggota ASEAN bagi memperkukuh usaha menangani pencemaran jerebu rentas sempadan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua inisiatif itu penting bagi memperkukuh kerjasama saintifik, meningkatkan proses membuat keputusan berasaskan bukti serta memastikan pembiayaan lebih mampan untuk melaksanakan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP).

Menurut beliau, cadangan berkenaan sudah dikemukakan Malaysia pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Serantau (MSC) di Bali, Indonesia, Julai lalu.

Malaysia berharap keutamaan itu dapat dibawa ke Persidangan Negara-Negara Pihak (COP) kepada AATHP yang dijadual berlangsung pada Disember ini.

“Malaysia juga berharap usaha ini dapat diteruskan menerusi kepengerusian negara dalam MSC pada tahun depan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Anwar menegaskan perlindungan biodiversiti ASEAN bukan sekadar tanggungjawab menjaga alam sekitar, sebaliknya turut berkait rapat dengan kedaulatan rantau ini.

Katanya, negara anggota ASEAN perlu memperkukuh tadbir urus serantau bagi memastikan sumber biodiversiti digunakan secara mampan dan adil, selain dilindungi daripada eksploitasi pihak luar.

“Melindungi biodiversiti ASEAN bukan sekadar soal menjaga alam sekitar, tetapi juga berkait rapat dengan kedaulatan rantau kita,” katanya.

Beliau turut menegaskan tanggungjawab bersama negara anggota dalam memastikan kekayaan biodiversiti rantau ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Sementara itu, Menteri-Menteri Luar ASEAN semalam menggesa operasi Pusat Penyelarasan ASEAN bagi kawalan pencemaran jerebu rentas sempadan disegerakan susulan kebimbangan terhadap kemerosotan kualiti udara di beberapa negara Asia Tenggara.

Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang turut memberi tumpuan kepada keperluan memperkukuh tindakan bersama menangani kebakaran hutan dan tanah, yang menjadi antara punca utama jerebu di rantau ini.

Isu jerebu rentas sempadan terus menjadi cabaran serantau setiap tahun, khususnya ketika musim kering apabila kebakaran hutan dan pembakaran terbuka boleh menyebabkan pencemaran udara merentasi sempadan negara.

Berita berkaitan
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
2 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Kerajaan masih stabil, jangan layan spekulasi liar
2 jam lalu· Politik
Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC
11 jam lalu· Isu semasa
PMKS berpeluang tembusi pasaran China menerusi ACFTA 3.0: PMX
11 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi
8 jam lalu · Isu semasa
KWSP raih RM83.32 bilion hasil pelaburan dalam sembilan bulan
10 jam lalu · Isu semasa
Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan
11 jam lalu · Isu semasa
Dua tahun terhenti, Litar Lumba Sungai Petani disasar siap 2027: Sanusi
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak semakan kehakiman Mukhriz isu cukai RM5 juta LHDN
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
10 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok