Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap semasa majlis makan malam yang diadakan sempena lawatan kerja ke Filipina bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang Kemuncak Berkaitan. - Kredit Foto: PMO
Reformasi Parlimen Malaysia melibatkan pemindahan kuasa pentadbiran daripada Perdana Menteri serta kerajaan kepada Parlimen dan Speakernya sekali gus memperkukuh kebebasan badan perundangan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau menyifatkan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen sebagai reformasi besar yang melibatkan kesediaan pihak eksekutif melepaskan kuasa ke atas pentadbiran Parlimen.
“Akta Perkhidmatan Parlimen membawa maksud bahawa kuasa yang sebelum ini berada di tangan Perdana Menteri dan kerajaan diserahkan kepada Dewan Rakyat,” katanya pada majlis makan malam yang diadakan sempena lawatan kerja beliau ke Filipina bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Manila, malam tadi.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul dan Duta Besar Malaysia ke Filipina Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.
Anwar juga berkata kepentingan reformasi tidak selalu dihargai sepenuhnya, dan ramai pemimpin enggan melepaskan kuasa sedemikian.
Beliau berkata reformasi itu telah dibincangkan selama 30 hingga 40 tahun, dan menegaskan bahawa mereka yang memegang jawatan tinggi perlu sentiasa terbuka kepada sebarang pertanyaan.
Makan malam anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Manila itu turut diserikan dengan persembahan oleh kanak-kanak Malaysia. – Bernama
Malaysia kekal kerusi Majlis ITU, raih 145 undi
KWSP raih RM83.32 bilion hasil pelaburan dalam sembilan bulan
Tipu selebriti urusan hartanah, lelaki dipenjara setahun dan dua sebatan
PMKS berpeluang tembusi pasaran China menerusi ACFTA 3.0: PMX
Dua tahun terhenti, Litar Lumba Sungai Petani disasar siap 2027: Sanusi
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis