APEC 2026: Anwar tekankan perdagangan terbuka, kesalinghubungan

November 18, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan penting pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 hari ini, dengan memberi penekanan kepada kepentingan perdagangan terbuka dan kesalinghubungan ekonomi serantau.

Ucapan bertajuk ‘Rethinking Openness: Building Shared Prosperity in the Asia Pacific’ itu dijangka menggariskan pendekatan bagi menangani cabaran ekonomi global, termasuk tekanan tarif perdagangan dan kenaikan harga minyak mentah.

Anwar yang tiba di Shenzhen tengah malam tadi selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 serta beberapa sidang kemuncak berkaitan di Manila, Filipina, akan memulakan agenda rasminya di Qianhai International Conference Centre (QICC).

Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC itu dijangka menghimpunkan lebih 2,000 peserta daripada kalangan pemimpin perniagaan, pelabur dan penggubal dasar.

Selain Anwar, Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin turut dijadual menyampaikan ucapan pada platform berkenaan.

Sebelum menyampaikan ucapan, Perdana Menteri akan menerima taklimat daripada Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), badan yang berperanan menyampaikan pandangan sektor perniagaan kepada pemimpin ekonomi APEC berhubung isu perdagangan, pelaburan dan kerjasama serantau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut dijadual mengadakan beberapa pertemuan dengan wakil syarikat teknologi dan tenaga, termasuk Fastprint, Sion serta China General Nuclear Power Group (CGN).

Beliau kemudiannya akan menghadiri Dialog Perdagangan dan Pelaburan Peringkat Tinggi Malaysia-China anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC).

Duta Besar Malaysia ke China, Norman Muhamad sebelum ini menyifatkan dialog berkenaan penting untuk mengekalkan momentum hubungan ekonomi kedua-dua negara, khususnya dalam memperluas perdagangan, pelaburan dan meneroka peluang kerjasama baharu.

Pada sebelah malam, Anwar akan menghadiri jamuan keraian dan persembahan kebudayaan sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di Shenzhen International Communication Centre (SICC), yang menghimpunkan pemimpin serta wakil daripada 21 ekonomi anggota APEC.

Beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat APEC ke-33 yang dihoskan China itu dilihat sebagai peluang memperkukuh hubungan ekonomi dengan rakan serantau dan antarabangsa, selain membuka ruang kerjasama baharu dalam perdagangan, teknologi dan pelaburan.

Mesyuarat tahun ini membawa tema ‘Membina Komuniti Asia-Pasifik untuk Mencapai Kemakmuran Bersama’, ketika rantau berkenaan berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan perubahan landskap perdagangan antarabangsa.

Berita berkaitan
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Anwar pertahan sokongan kepada Xi meskipun berdepan tekanan
November 20, 2026· Isu semasa
Anwar kagum perhatian Xi terhadap MADANI, kerjasama peradaban Islam dan Konfusianisme
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
1 jam lalu · Isu semasa
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
4 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
7 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok