Lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis: Bernama

November 19, 2026 · Isu semasa

Seorang lelaki tempatan dipercayai penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Persiaran Lembah Perpaduan, Tambun di Ipoh, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M. Kumar, berkata kejadian berlaku kira-kira 2.30 pagi selepas anggota yang melakukan rondaan cegah jenayah menahan kenderaan dipandu suspek.

“Suspek bertindak keluar dari kenderaan untuk melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis menyebabkan polis membalas tembakan untuk menyelamatkan diri sehingga tiada ancaman keselamatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada 3.40 pagi.

Beliau berkata polis menemukan sepucuk pistol berhampiran suspek.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Mohd Alwi Zainal Abidin berkata polis akan mengadakan sidang media berkaitan kes itu pada petang ini.

Berita berkaitan
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
3 jam lalu· Politik
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
November 22, 2026· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Pelajar maut di Ipoh, KPM tidak kompromi jika wujud kecuaian
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
1 jam lalu · Isu semasa
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
3 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
7 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok