Saya sudah tanya PM isu titah adendum Najib, tapi tak boleh dedahkan: Mat Maslan

July 26, 2025 · Politik

Isu titah adendum melibatkan Najib Razak akan terjawab tidak lama lagi, kata Ahmad Maslan yang menjelaskan sudah bertanya kepada Perdana Menteri (PM) Anwar Ibrahim berhubung perkara tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu berkata sudah menyuarakan kepada Anwar berhubung isu titah adendum dan sudah dijawab, bagaimanapun jawapan tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Saya orang pertama yang bertanya kepada Perdana Menteri malam itu. Saya kata, ‘Datuk Seri, isu Adendum ini sudah berlarutan lama. Lagi cepat selesai, lagi baik.’

“Saya tanya bila ia akan selesai dan Perdana Menteri ada memberikan jawapan tertentu yang saya tidak boleh dedahkan di sini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Serai hari ini.

Ujarnya lagi, perkara itu dibangkitkan dalam pertemuan tertutup bersama PM di Seri Perdana.

Menurutnya, walaupun jawapan yang diberikan Perdana Menteri tidak dapat didedahkan atas faktor sensitiviti, mesej yang disampaikan jelas bahawa isu tersebut sedang ditangani di peringkat tertinggi.

Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Malaysia berkata, perkembangan terbaharu termasuk kenyataan rasmi Peguam Negara yang mengesahkan kewujudan dokumen Adendum tersebut mengukuhkan lagi keperluan agar proses penyelesaian dapat dipercepatkan.

“Apabila Peguam Negara mengesahkan memang wujud Adendum itu, maka orang UMNO menunggu-nunggu apakah tindakan seterusnya. Bagaimanapun, kita maklum ia melibatkan beberapa peringkat proses kehakiman,” jelas beliau.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, telah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Berita berkaitan
Anwar kehilangan abang tercinta, mohon doa buat Idrus Ibrahim
September 24, 2026· Isu semasa
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
9 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
September 23, 2026· Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
September 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pemuda PH Negeri Sembilan desak MB kemuka senarai Exco baharu
September 24, 2026 · Politik
Wanita PKR gesa institusi raja tidak dijadikan medan politik
3 jam lalu · Politik
Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya: Zahid
3 jam lalu · Politik
MB sahkan Exco Negeri Sembilan dilarang masuk pejabat selepas titah Tuanku
3 jam lalu · Politik
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok