Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar

November 23, 2026 · Isu semasa

Institusi madrasah dan maahad tahfiz perlu terus diperkasakan sebagai benteng mempertahankan akidah, akhlak serta jati diri umat Islam dalam menghadapi cabaran kemajuan teknologi dan perubahan dunia.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan negara yang merangkumi kemajuan teknologi, pelaburan dan perindustrian tidak mencukupi sekiranya tidak disertai pembentukan masyarakat yang mempunyai kekuatan agama, akhlak dan sahsiah.

Menurutnya, sejarah penjajahan membuktikan penguasaan sesebuah negara bukan hanya berlaku melalui kekuatan ketenteraan dan teknologi, malah turut melibatkan usaha mempengaruhi pemikiran, jiwa serta sistem pendidikan masyarakat.

Beliau berkata, pengalaman Tanah Melayu di bawah British, Indonesia di bawah Belanda dan Afrika Utara di bawah Perancis menunjukkan penjajahan turut meninggalkan kesan terhadap bahasa, budaya, sastera serta nilai kehidupan masyarakat Islam.

“Dalam keadaan itu semuanya terjejas, sesudah politik golongan bangsawan tetapi ilmu dan sistem pendidikan semuanya terjajah.

“Dalam keadaan itu, satu-satunya benteng pertahanan kita yang kekal adalah madrasah, maahad tahfiz dan yang menanamkan kekuatan akidah, akhlak, sahsiah malah roh,” katanya ketika berucap pada Majlis Khatam Sama’ Hadis Jami’ al-Tirmidhi dan al-Syama’il al-Muhammadiyyah Peringkat Antarabangsa 2026 di Masjid Putra, malam ini.

Turut hadir Mufti Besar India, Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari; Menteri Waqaf Republik Arab Mesir, Sheikh Dr Usama Sayyid Mahmud Muhammad Saad al-Azhari serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.

Anwar berkata, kesan penjajahan terhadap sistem pendidikan dan pemikiran umat Islam memerlukan masa serta usaha berterusan untuk dipulihkan.

Sehubungan itu, katanya, usaha menghidupkan semula institusi pendidikan Islam yang terbiar dan daif perlu diteruskan bagi memastikan madrasah serta maahad tahfiz kembali memainkan peranan penting dalam membina kekuatan masyarakat.

Beliau turut mengingatkan kemajuan sesebuah negara tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan pencapaian ekonomi dan teknologi, sebaliknya perlu mengambil kira nilai akhlak serta keperibadian rakyat.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan tradisi pengajian hadis dan penganjuran majlis ilmu perlu terus dihidupkan bagi meningkatkan kefahaman agama serta mengembalikan peranan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat Islam.

Katanya, majlis khatam hadis berkenaan meneruskan tradisi pengajian ilmu yang sebelum ini memberi tumpuan kepada Sahih Bukhari dan Sahih Muslim serta al-Syama’il al-Muhammadiyyah.

“Bukan sahaja tradisi ilmiah kerana mengenal penjelasan dan kupasan hadis tetapi lebih penting menghidupkan, pertama mengimarahkan masjid. Masjid menjadi tonggak dalam kegiatan kita,” katanya.

Beliau turut berkongsi nasihat seorang ulama dari Kerala, India supaya umat Islam istiqamah membaca al-Quran, memahami tafsir serta menghidupkan roh ilmu dalam kehidupan seharian.

Anwar berharap pengukuhan institusi pendidikan Islam dan tradisi keilmuan dapat membantu membina Malaysia sebagai negara maju yang turut memiliki kekuatan akhlak, sahsiah dan nilai ketamadunan tinggi.

Berita berkaitan
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Pelumba cilik Pahang terima bantuan RM10,000 daripada PM
November 21, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Isu Ahmad Maslan: Aziz Bari persoal prinsip tanggungjawab Kabinet, wajar letak jawatan
November 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
5 jam lalu · Isu semasa
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
7 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok