Kes mahkamah.
Seorang penolong pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Segamat, hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang tunai RM325,000 milik majikannya, awal bulan ini.
Tertuduh, Mohd Faiz Azaman, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rahimah Abd Majid.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertanggungjawab menguruskan wang berkenaan atas kapasiti sebagai penolong pengurus bank didakwa melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang tunai berjumlah RM325,000.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Genuang, di sini, kira-kira jam 12.41 tengah hari pada 7 November lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, selain sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan laporan, tertuduh dipercayai hadir ke bank berkenaan ketika hari cutinya sebelum mengambil wang tunai yang disimpan di dalam peti besi.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur ‘Aina Muhammad Ismail Tadj, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pihak pendakwaan sebelum ini menawarkan jaminan RM60,000. Bagaimanapun, selepas mendengar rayuan tertuduh, mahkamah membenarkan ikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh kemudian membayar wang jaminan berkenaan.
Mahkamah menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan pelantikan peguam.
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF
Isu cip AI: Tiga syarikat Malaysia dikenakan sekatan AS
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan