Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan, 55 kandungan jelik libatkan kanak-kanak

23 jam lalu · Isu semasa

Sebanyak 40,214 kandungan berunsur buli dan 55 kandungan jelik melibatkan kanak-kanak telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan dalam talian hasil permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh 1 Januari hingga 15 November 2026.

Kementerian Komunikasi memaklumkan, tindakan itu sebahagian usaha kerajaan menangani ancaman keselamatan kanak-kanak di internet, khususnya berkaitan buli siber, eksploitasi seksual dan pendedahan kepada kandungan memudaratkan.

Bagaimanapun, kementerian menjelaskan statistik 40,214 kandungan buli itu merangkumi semua kategori umur dan tidak diperincikan mengikut umur pengguna. Angka berkenaan juga merujuk kepada jumlah kandungan yang diturunkan, bukannya jumlah kes jenayah atau mangsa.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff di Dewan Rakyat, kementerian berkata MCMC turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak menerusi bantuan teknikal, perkongsian maklumat dan analisis forensik digital.

Antara operasi yang dilaksanakan ialah Operasi Cyber Guardian 2026 yang membawa kepada 69 tangkapan serta rampasan 498,690 fail digital, termasuk 204,934 fail bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM).

Selain itu, Op Pedo Bersepadu 3.0 yang dijalankan pada 14 hingga 16 September lalu menyaksikan 52 serbuan dan 53 tangkapan, termasuk lapan remaja.

Bagi tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sebanyak 25 kes telah didakwa di mahkamah, 16 kes dikenakan kompaun dan 41 kes menerima surat amaran dalam tempoh sama.

Individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan terhadap kanak-kanak, hukuman penjara boleh mencecah lima tahun selain denda maksimum RM500,000.

Mengenai keberkesanan kerangka pelesenan platform media sosial yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2025, kementerian berkata MCMC sedang memantau pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 serta tahap pematuhan penyedia perkhidmatan berlesen.

Penilaian berterusan akan dibuat berdasarkan tahap pematuhan dan tindakan platform dalam menangani kandungan berbahaya di internet.

Berita berkaitan
Saman MCMC RM600 juta terhadap Google sudah diserahkan: Nie Ching
November 27, 2026· Isu semasa
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
November 27, 2026· Isu semasa
Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX
19 jam lalu· Isu semasa
NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber
19 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tiga pegawai TUDM didakwa di mahkamah edar 96.2kg syabu
November 27, 2026 · Isu semasa
Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia
November 27, 2026 · Isu semasa
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
November 27, 2026 · Isu semasa
Malaysia terus runding AS, mahu kekalkan tarif maksimum 19%: Johari
20 jam lalu · Isu semasa
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok