Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia

November 27, 2026 · Isu semasa

Bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail meninggal dunia pada usia 71 tahun malam tadi selepas mengalami jangkitan.

Berita pemergian Allahyarham disahkan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar ketika dihubungi Bernama.

“Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 9 malam tadi,” katanya.

Anak kedua Allahyarham, Faezul Adzra Patail turut mengesahkan bapanya meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court pada 9.15 malam.

“Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pagi esok,” katanya.

Abdul Gani dilahirkan pada 6 Oktober 1955 di Lahad Datu, Sabah dan merupakan graduan undang-undang Universiti Malaya (UM).

Beliau mencipta sejarah sebagai graduan universiti tempatan pertama dilantik sebagai Peguam Negara, selain menjadi individu kelapan memegang jawatan itu bermula 1 Januari 2002 hingga Julai 2015.

Allahyarham memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1980 sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu, Sabah.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Peguam Kanan Persekutuan di Sabah, Ketua Bahagian Pendakwaan dan Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang.

Antara kes berprofil tinggi yang pernah dikendalikan beliau ialah pendakwaan terhadap 30 individu berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu pada Februari 2013.

Dalam kes itu, Abdul Gani mengetuai pasukan pendakwaan yang mengendalikan pertuduhan terhadap kumpulan penceroboh, termasuk kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Pemergian Abdul Gani merupakan kehilangan seorang tokoh perundangan negara yang pernah memainkan peranan penting dalam sistem pendakwaan dan kehakiman Malaysia selama lebih tiga dekad. – Bernama

Berita berkaitan
Tiga pegawai TUDM didakwa di mahkamah edar 96.2kg syabu
November 27, 2026· Isu semasa
Pendakwaan persoal transaksi RM25.3 juta dalam akaun Bersatu
20 jam lalu· Politik
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
20 jam lalu· Isu semasa
Najib tidak teruskan rayuan saman terhadap bekas Peguam Negara
20 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Saman MCMC RM600 juta terhadap Google sudah diserahkan: Nie Ching
November 27, 2026 · Isu semasa
367,537 kandungan scam, akaun palsu dan deepfake dipadam
November 27, 2026 · Isu semasa
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
November 27, 2026 · Isu semasa
Ancaman siber jadi fokus Dasar Keselamatan Negara baharu: PMX
18 jam lalu · Isu semasa
NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok