Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar

November 28, 2026 · Isu semasa

Campur tangan ahli politik dalam pengurusan institusi dan agensi kerajaan yang mengendalikan dana awam hanya akan mengundang lebih banyak kerosakan, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pengurusan institusi seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) perlu diserahkan kepada golongan profesional yang berwibawa dan berintegriti tanpa dipengaruhi kepentingan politik.

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan institusi berkenaan dapat beroperasi secara cekap, telus dan bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan rakyat.

“Ini kekuatan Kerajaan MADANI. Biar pengurusnya uruskan, biar banknya diuruskan oleh mereka, jangan kita campur. Apabila orang politik campur, lebih banyak kerosakan akan berlaku sebagaimana pernah berlaku sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2026 di Stadium Merdeka, hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh; Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Arshad Raja Tun Uda dan Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar turut menegaskan prinsip tatakelola baik perlu menjadi asas utama pengurusan semua institusi dan agensi kerajaan, khususnya badan yang diberi tanggungjawab menguruskan wang serta kepentingan rakyat.

Katanya, sebarang penyelewengan dan pengkhianatan amanah yang berlaku dalam institusi negara sebelum ini perlu dibongkar supaya kesilapan sama tidak berulang.

Beliau berkata, wang yang diselewengkan sepatutnya dikembalikan kepada rakyat untuk dimanfaatkan bagi pembangunan sekolah, universiti dan kemudahan kesihatan.

“Ramai yang tidak senang apabila dibongkar skandal 1MDB, soal FELDA dan Tabung Haji. Tetapi ini bukan kerja kita untuk menyembunyikannya. Kerja kita harus membongkar supaya amanah ini tidak lagi dikhianati,” katanya.

Beliau turut membangkitkan kerugian berbilion ringgit yang dikaitkan dengan pengurusan institusi sebelum ini, termasuk Tabung Haji yang menurutnya mengalami kehilangan dana sehingga RM10 bilion.

“Puluhan bilion hilang. Wang itu patut kembali ke sekolah, universiti, klinik dan rakyat. Tabung Haji RM10 bilion hilang. Wang siapa? Wang petani, nelayan, orang kampung yang berniat menyimpan dan menabung untuk menunaikan fardu haji pun dikhianati,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan juga terpaksa menanggung bayaran hampir RM980 juta setahun bagi membiayai hutang susulan kelemahan pengurusan terdahulu.

Beliau menegaskan usaha memperkukuh tatakelola dan memastikan pengurusan profesional bukan sekadar soal pentadbiran, sebaliknya langkah penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

Berita berkaitan
Kemelut politik tak jejas projek pembangunan di Negeri Sembilan: Anwar
November 28, 2026· Politik
Anwar arah siasatan penuh kes seludup dadah guna pesawat TUDM
5 jam lalu· Isu semasa
Prestasi Loke baik, Anwar mahu Loke kembali bertugas segera
6 jam lalu· Politik
Saman MCMC tidak jejas pelaburan Google di Malaysia: PMX
November 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah pusat NADI meningkat kepada 1,099 tahun ini
November 28, 2026 · Isu semasa
RTMKlik catat 11.2 juta muat turun, Fahmi ucap terima kasih atas sokongan
November 28, 2026 · Isu semasa
Fahmi saran orang ramai guna AI semak berita palsu
November 28, 2026 · Isu semasa
Malaysia masih negara aman, jangan samakan dengan Colombia: Saifuddin Nasution
November 28, 2026 · Isu semasa
Asyraf tegur hiburan konsert di konvokesyen UniKL, arah semak etika
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok