Ahli Parlimen DAP hadir ke Ibu Pejabat Umno untuk menghadiri taklimat berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) oleh Zahid. (Gambar Facebook)
Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menjemput Ahli Parlimen (MP) DAP ke Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn pada awal minggu ini yang disifatkan julung-julung kali berlaku.
Sebuah portal melaporkan hampir 30 wakil rakyat DAP menghadiri pertemuan atas jemputan Presiden UMNO tersebut yang dianggap satu lawatan bersejarah dalam politik negara.
Salah seorang pemimpin DAP yang hadir, MP Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata mereka hadir bagi menghadiri taklimat mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dikendalikan oleh Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan juga pengerusi Majlis TVET Negara.
“Ia kali pertama sekumpulan besar Ahli Parlimen DAP melawat Ibu Pejabat Umno — satu petanda kematangan dan kerjasama dalam kerajaan perpaduan,” kata Foong Hin dalam satu hantaran di Facebook.
“Kerajaan Madani bukanlah sempurna. Namun kami serius dalam melaksanakan tanggungjawab.
“Kami berusaha mengatasi perbezaan ideologi dan kepartian demi kemajuan negara. Pembinaan negara memerlukan perpaduan, bukan keseragaman, dan itulah semangat yang kami pegang.”
Antara pemimpin DAP hadir termasuk Setiausaha Agung, Loke Siew Fook, Penasihat Lim Guan Eng dan Naib Pengerusi Chong Chieng Jen.
Turut hadir Naib Presiden UMNO Johari Ghani dan Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki.
Umno memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan apabila bergabung dengan bekas musuh politiknya, DAP, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.
Pada Jun 2023, Loke menyertai Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang pertama membabitkan pemimpin DAP.
Beberapa bulan kemudian, Zahid, Asyraf dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Zambry Abdul Kadir pula hadir ke Konvensyen Kebangsaan DAP.
Laporan RCI dedah bonus lumayan kepada kakitangan TH ketika aset susut
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS