Skandal rasuah Sabah: Shafie persoal kenapa yang lain tidak didakwa?

August 2, 2025 · Politik

Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal mempersoalkan mengapa ramai lagi individu belum didakwa berhubung skandal rasuah lesen perlombongan yang menjadi kontoversi hangat di Sabah.

Shafie yang juga bekas ketua menteri Sabah itu membangkitkan pendedahan beberapa video bukti rasuah oleh pemberi maklumat melibatkan pemimpin kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan juga Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor sebelum ini tetapi hanya individu tertentu sahaja berdepan pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah.

“Bukan saya cakap, keluar…video (berhubung dakwaan). Video (tunjuk) YB, bukan YB Warisan (tapi) YB GRS,” katanya.

Bekas ketua menteri Sabah itu membangkitkan yang setakat ini hanya dua Adun yang dihadapkan ke mahkamah berhubung kes itu, selain Tei.

“Yang sembilan lagi kenapa tidak didakwa?” soalnya semasa program politik di kawasannya.

“Dulu ketika saya menteri luar bandar, saya dituduh ambil duit RM1 bilion.

“(SPRM) datang rumah saya, tak jumpa duit. Periksa bank saya, tak jumpa duit. Saya diberi baju oren (lokap SPRM).

“Saya tidur di lantai. (Akhirnya) Tiada kes. Tapi yang kena tuduh kini pakai kot,” kata presiden Warisan itu lagi, merujuk ketika dia menjadi menteri persekutuan UMNO.

Sejak November tahun lalu, Albert Tei yang merupakan ahli perniagaan mendedahkan beberapa rakaman video dan mesej yang didakwa menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, termasuk Speaker DUN, terlibat dalam perbincangan rasuah.

Pemberi maklumat itu mendakwa dia memberi rasuah bagi mendapatkan lesen penerokaan mineral tetapi memilih untuk tampil ke hadapan selepas lesen tersebut dibatalkan.

Hajiji mendakwa dia bersekongkol dengan pihak-pihak yang ingin menggugat pentadbirannya.

Pemberi maklumat itu juga berdepan tuduhan balas yang kononnya dia cuba memonopoli sektor perlombongan Sabah melalui penipuan.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
2 jam lalu· Politik
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
6 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
August 24, 2026· Isu semasa
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
2 jam lalu · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
2 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
5 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
5 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok