Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63

August 22, 2026 · Isu semasa

Persiapan menjelang Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kota Kinabalu menjadi antara perkara utama dibincangkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor di Bandar Seri Begawan, hari ini.

Pertemuan itu berlangsung ketika ketiga-tiga pemimpin bersarapan bersama di Brunei, selepas Abang Johari dan Hajiji turut menyertai Mesyuarat Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27).

Anwar berkata, pertemuan berkenaan turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa serta membincangkan usaha memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

“Pagi tadi saya sempat bersarapan dan berbincang bersama Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah yang turut ikut serta dalam ALC-27.

“Antara yang disentuh termasuk persediaan menjelang Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang akan berlangsung di Kota Kinabalu dalam beberapa minggu lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, perbincangan itu turut memberi tumpuan kepada usaha memastikan kerjasama antara Putrajaya, Sabah dan Sarawak terus diperkukuh demi kepentingan rakyat.

“Kami turut bertukar pandangan terkait beberapa perkembangan mutakhir, selain memberi tumpuan kepada ikhtiar memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan yang lebih adil dan seimbang,” katanya.

Anwar turut menegaskan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak akan terus diperkukuh berasaskan prinsip saling menghormati dan kepercayaan.

MA63 menjadi antara agenda penting hubungan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak, khususnya berkaitan hak, kuasa serta kepentingan kedua-dua negeri seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rundingan MA63 dipergiatkan bagi menyelesaikan perkara berkaitan pembahagian kuasa, hasil negeri, pentadbiran serta bidang kuasa tertentu antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Pertemuan Anwar bersama Abang Johari dan Hajiji di Brunei dilihat memberi gambaran awal mengenai penyelarasan pendirian ketiga-tiga pihak sebelum mesyuarat MA63 di Kota Kinabalu yang dijangka menjadi platform penting membincangkan perkembangan pelaksanaan tuntutan dan hak Sabah serta Sarawak.

Berita berkaitan
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
8 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
8 jam lalu· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu· Isu semasa
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
15 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
3 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
15 jam lalu · Isu semasa
Hantaran KWSP RM100,000 warnai pernikahan Syed Saddiq, Bella
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok