Ahli UMNO perlu sedar realiti semasa, tak perlu ‘takut’ kerjasama dengan DAP: Khaled

August 2, 2025 · Politik

Kerjasama dengan DAP tidak perlu ‘ditakuti’ kerana asas perjuangan UMNO masih tidak berganjak, gesa Mohamed Khaled Nordin kepada ahli-ahli akar umbi parti itu.

Naib Presiden UMNO itu berkata dasar dan polisi perjuangan tidak tergadai walaupun kini sudah bersama dengan DAP dalam kerajaan perpaduan, sambil menyifatkan perubahan yang berlaku adalah mengikut keadaan politik semasa negara.

“Kerjasama dengan DAP juga tidak sesekali menyebabkan dasar dan polisi perjuangan UMNO iaitu menjaga kepentingan agama Islam dan masyarakat Melayu tergadai, sebaliknya hanya perubahan jajaran dan strategi politik.

“Ahli dan penyokong UMNO perlu sedar realiti semasa dan dinamik politik baharu bagi memastikan UMNO terus kuat dan kukuh menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat UMNO bahagian tersebut di Dewan Muafakat Taman Mawar hari ini.

Mohamed Khaled berkata, saranan untuk UMNO bekerjasama dengan parti lain itu sudah lama disuarakan tetapi pada ketika itu tidak dilaksanakan.

“Sebenarnya ada pandangan dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lagi agar UMNO bersikap lebih terbuka dan teroka kerjasama baharu untuk pastikan parti dan Barisan Nasional (BN) kekal dengan kekuatan untuk berjaya.

“Tetapi masa itu pandangan tersebut tidak diberi perhatian besar, saranan itu datangnya daripada Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika itu, dia seorang pemimpin yang mempunyai pandangan jauh dan berani suarakan pandangan tersebut.

“Jadi kalau ada pihak nak marah UMNO bekerjasama dengan siapa, marahlah Datuk Seri Johari Abdul Ghani,” katanya secara berseloroh disambut gelak ketawa perwakilan yang hadir.

Selain itu katanya, UMNO tidak pernah bertanding dalam PRU secara bersendirian sebaliknya sentiasa bekerjasama dengan pihak lain termasuk kaum lain untuk tubuh kerajaan, jadi itu bukan perkara baharu.

“Tiada mana-mana perikatan politik akan kekal sampai bila-bila, yang penting kita pastikan UMNO kukuh agar boleh tentukan kerjasama untuk tubuh kerajaan, kalau UMNO tidak kuat mcm mana kita nak tentukan penubuhan kerajaan.

“Jadi kita perlu pastikan kerjasama itu akan tambah kekuatan untuk UMNO, keberadaan kita dalam kerajaan hari ini sedikit sebanyak menambah lagi kekuatan dalam parti,” ujarnya.

Berita berkaitan
UMNO cuba paksa buat PRU awal guna alasan krisis NS: Rafizi
1 jam lalu· Politik
Akmal cabar pecat semua menteri dan timbalan dari UMNO dalam kerajaan
2 jam lalu· Politik
UMNO Negeri Sembilan sedia jadi pembangkang: Jalaluddin
2 jam lalu· Politik
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
11 jam lalu · Politik
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
12 jam lalu · Politik
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
May 1, 2026 · Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
May 1, 2026 · Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
May 1, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok