Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan syarikat semikonduktor Britain, Arm Holdings.
Dalam kenyataan di media sosial, Ahli Parlimen Pandan itu memaklumkan menerima notis untuk hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin depan.
Beliau turut menjangkakan kemungkinan berdepan pertuduhan berkaitan pecah amanah.
“Saya jangka selepas keterangan saya diambil minggu depan, saya mungkin akan didakwa atas tuduhan pecah amanah, sama ada kerana memberi maklumat yang salah atau menyebabkan Jemaah Menteri membuat keputusan secara tergesa-gesa,” katanya.
Tambah beliau, pasukan peguam telah bersedia dan kes itu dijangka menjadi “perbicaraan yang panjang dan menarik” dengan kemungkinan ramai pemimpin tertinggi negara dipanggil sebagai saksi.
Siasatan ini turut melibatkan individu lain, termasuk bekas pembantu Rafizi, James Chai, yang sebelum ini telah selesai memberi keterangan kepada SPRM.
Difahamkan, Chai menghabiskan lebih 11 jam di ibu pejabat agensi itu pada hari ketiga sesi soal siasat.
Kes ini berpunca daripada aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian tersebut dimeterai secara tergesa-gesa serta berat sebelah, sekali gus berpotensi memberi implikasi kewangan kepada kerajaan.
Namun, Rafizi menyifatkan siasatan berkenaan sebagai satu bentuk tekanan politik.
Beliau mengaitkannya dengan pendiriannya yang lantang mendesak penggantungan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
Desakan tersebut timbul susulan kontroversi melibatkan pegangan saham Azam serta dakwaan wujudnya kerjasama antara pegawai SPRM dan individu tertentu dalam urusan korporat.
Isu ini sebelum ini mencetuskan perdebatan hangat mengenai integriti institusi penguatkuasaan di negara ini.
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan