Naib Presiden UMNO, Johari Abdul Ghani mengulas kenyataan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan.
Kenyataan M Saravanan bukan keputusan parti tersebut dan tidak boleh dianggap pendirian MIC untuk berhasrat keluar daripada Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden UMNO, Johari Abdul Ghani, berkata kenyataan Timbalan Presiden MIC itu bersifat peribadi dan tidak melambangkan pendirian MIC keseluruhannya.
“Ada ke (kenyataan Saravanan), bila dia cakap? Dia cakap atau parti dia cakap? Dia tak boleh (buat begitu). Saya dengan Jazlan (Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed) selalu cakap perkara yang tak selari dengan parti, tetapi jika parti yang buat keputusan, itu lain.
“Kalau individu, semua orang nak bercakap, tetapi jika parti dia buat keputusan, itu nanti saya bagi komen. Sekarang, tak boleh bagi komen.
“Individu kadang-kadang ‘out of anger’, jadi kita biar dululah, jangan mengeruhkan suasana, tetapi kalau parti masing-masing buat keputusan, itu cerita lain,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat hari ini.
Beliau berkata, kenyataan seseorang individu kadang-kala dibuat dalam keadaan marah dan beremosi.
Bulan lalu, Saravanan dalam satu temubual dengan sebuah akhbar mendakwa rasa tertipu dengan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan MIC akan mendapat kerusi Kabinet jika menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Tapah itu kemudian mendakwa MIC tidak ada peranan dalam kerajaan dan kemudian memberi bayangan tidak perlu meneruskan kerjasama jika tidak diperlukan.
Kenyataan dibuat Saravanan itu kemudian dibalas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi yang seterusnya menjadi perbalahan antara dua ahli politik itu di media sosial.
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan